saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/01/2013

Komputer riba bakal ganti buku teks - Muhyiddin

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman melihat seorang pelajar, Samuel Holmes Seawell menggunakan komputer riba ketika mereka mengadakan lawatan ke Daphne High School, Mobile, Alabama, semalam. - BERNAMA

MOBILE (Alabama) 18 Jan. - Komputer riba bakal menggantikan penggunaan buku teks di sekolah-sekolah dalam usaha kerajaan meningkatkan standard pembelajaran di negara ini bagi melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang tetapi juga mempunyai pelbagai kemahiran.

Melalui sistem itu skim pinjaman buku teks akan digantikan dengan pinjaman komputer riba yang mana akan dipulangkan oleh para pelajar setiap kali selesai sesi persekolahan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin berkata, itu merupakan antara kaedah yang boleh diteliti oleh Kementerian Pelajaran supaya sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah selari dengan perkembangan teknologi terkini.

"Malaysia kena beri perhatian dan menumpukan kepada standard pembelajaran yang lebih tinggi supaya para pelajar lebih fokus, ada kemahiran berfikir, kreatif dan holistik," katanya kepada wartawan Malaysia selepas melakukan lawatan ke Sekolah Tinggi Daphne di sini, semalam.

Sekolah tersebut yang merupakan sekolah yang disenaraikan dibawah Program Sekolah Reben Biru dalam sistem pendidikan Amerika Syarikat (AS) berjaya melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi juga turut menonjolkan dalam pelbagai bidang lain seperti sukan, muzik dan kebudayaan. - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:10
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.