saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 19/01/2013

Fahami Enakmen Agama Bukan Islam - Dr. Juanda Jaya

KUALA LUMPUR 18 Jan. - Isu kalimah Allah yang dibangkitkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada sambutan Krismas baru-baru ini boleh diselesaikan, malah tidak perlu dikontroversikan sekiranya semua pihak menghormati dan memahami Perkara 11 (4) Perlembagaan.

Berdasarkan kuasa yang diberikan di bawah perkara berkenaan, Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya berkata, telah jelas bahawa satu undang-undang boleh digubal oleh badan perundangan negeri dan Parlimen bagi Wilayah Persekutuan untuk mengawal penyebaran agama bukan Islam dalam kalangan umat Islam.

Beliau menjelaskan, kawalan tersebut adalah di bawah Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) mengikut negeri-negeri dan tahun masing-masing mula diwartakan.

‘‘Oleh kerana itu, jika perkara ini dapat dipatuhi, maknanya isu kalimah Allah ini tidak timbul. Namun begitu, perkara ini wujud mungkin kerana ramai yang tidak faham dan tidak tahu bahawa telah wujud garis panduan yang merangkumi penggunaan kalimah Allah.

‘‘Sehubungan itu, tidak menjadi kesalahan kelak untuk kerajaan negeri mengambil tindakan di bawah enakmen tersebut sekiranya masih ada pihak yang ingkar untuk menggunakan kalimah Allah di dalam Bible versi bahasa Melayu,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, beberapa pihak meminta supaya satu garis panduan khusus berhubung penggunaan Allah diwujudkan segera bagi memastikan kalimah suci itu tidak digunakan sewenang-wenangnya oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dalam pada itu, Juanda turut menyatakan bahawa meskipun enakmen tersebut terletak di bawah penguatkuasaan agama kerajaan negeri tetapi undang-undang itu juga dikuatkuasakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Akta Penerbitan dan Percetakan.

‘‘Sebenarnya isu berkaitan agama dan ketuhanan sememangnya perkara sensitif. Perkara ini boleh diselesaikan dengan saling hormat-menghormati antara orang bukan Islam dan orang Islam. Maka, bagi mereka yang tidak memahami tentang undang-undang Perlembagaan, baik jangan bercakap,’’ katanya.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa berkata, sudah tiba masa isu kalimah Allah berhenti dipersoalkan memandangkan undang-undang bagi mengawal penganut agama bukan Islam untuk mengembangkan ajaran atau kepercayaan kepada orang Islam telah jelas disebut di dalam kawalan agama bukan Islam.

Jelas beliau, malah enakmen tersebut sejak mula diperkenalkan di banyak negeri sekitar tahun 80-an tidak pernah ada mana-mana pihak cuba mempertikaikan perkara-perkara yang terkandung di dalam undang-undang berkenaan.

‘‘Itu menunjukkan enakmen tersebut tidak bertentangan serta diterima pakai oleh semua pihak selama ini. Kita tidak perlukan lagi satu garis panduan khusus untuk perkara berkaitan kalimah Allah kerana enakmen sedia ada telah relevan,’’ katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.