saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 22/01/2013

Perdana Menteri ajak belia sertai 1M4U

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak generasi muda menyertai aktiviti kesukarelaan melalui program 1Malaysia for Youth (1M4U).

Menurut beliau, menerusi program itu, generasi muda boleh bersama-sama melakukan aktiviti sukarela bersama duta 1Malaysia yang terdiri daripada pelbagai lapisan latar belakang.

"Saya ajak semua generasi muda yang minat bersukarela bersama-sama duta 1Malaysia kita daripada kalangan pelakon, aktivis dan pemenang olimpik," katanya menerusi Twitter hari ini.

Dalam tweet terbaru itu, Perdana Menteri turut menyertakan alamat laman sesawang program tersebut iaitu http://1m4youth.com.my untuk dilayari bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Program sukarelawan 1M4U dilancarkan pada 15 Julai tahun lalu bermatlamat antara lain menyemai semangat untuk melakukan aktiviti sukarela dalam kalangan 12.5 juta belia Malaysia.

1M4U merupakan cetusan idea Najib bagi melahirkan belia yang bukan sahaja mempunyai kesedaran terhadap tanggungjawab sosial tetapi sanggup menghulurkan bantuan apabila diperlukan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.