saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 24/01/2013

Tuntutan terhadap Majlis Peguam

Sebahagian ahli pertubuhan bukan kerajaan membuat bantahan terhadap Majlis Peguam di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/FAKHARUDDIN ABU HASSAN SHAARI

KUALA LUMPUR 23 Jan. - Kerajaan hari ini didesak supaya meminda Akta Profesion Undang-Undang (LPA) 1976 selain mengubah serta membersihkan hipokrasi Majlis Peguam yang didakwa tercalar akibat fahaman sempit dalam badan tersebut.

Pindaan tersebut bertujuan supaya Majlis Peguam mempunyai integriti dan bebas daripada pengaruh politik atau pihak ketiga.

Desakan itu disuarakan oleh sekumpulan 100 orang daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berhimpun secara aman di pekarangan tempat letak kenderaan di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

Mereka berhimpun sambil membawa kain rentang antaranya tertulis, Bersihkan Majlis Peguam 231 atau singkatannya BMP231, Bubar Majlis Peguam, Majlis Peguam Integriti dan Hipokrasi.

NGO yang menyertai perhimpunan itu antaranya daripada kumpulan yang menggelarkan mereka Rakyat Prihatin, Kelab Warisan Malaysia dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Mereka tiba menaiki tiga bas dan berhimpun di situ sejak pukul 9 pagi sebelum bersurai kira-kira satu jam setengah selepas itu.

Kehadiran kumpulan yang memakai baju-t berwarna merah, menyebabkan pihak polis menutup pintu pagar utama di kompleks tersebut.

Kumpulan tersebut turut memohon kepada pihak polis agar 10 orang daripada mereka dibenarkan masuk untuk menyerahkan memorandum kepada Pengarah Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Al-Baishah Abd. Manan.

Seorang peguam, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz yang merupakan ahli Majlis dan Badan Peguam itu bersama 10 ahli kumpulan tersebut kemudian dibenarkan berbuat demikian.

Dalam memorandum itu, selain mendesak Majlis Peguam dibebaskan daripada campur tangan pihak ketiga, mereka juga mendakwa badan itu tidak lagi memberikan khidmat yang telus, berwibawa dan berjiwa rakyat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.