saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 30/01/2013

YIRMI penyatuan rakyat Malaysia-Indonesia

KUALA LUMPUR 29 Jan. - Yayasan Ikatan Rakyat Malaysia-Indonesia (YIRMI) akan menjadi jambatan kerjasama meningkatkan silaturahim antara masyarakat kedua-dua negara.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kerjasama yang ditumpukan YIRMI meliputi pelbagai bidang termasuk seni budaya warisan, penerangan, kemasyarakatan, komunikasi, ekonomi, pelajaran dan bahasa.

Katanya, hubungan antara kerajaan Malaysia dan Indonesia berjalan dengan baik sekali tetapi hubungan sesama masyarakat kedua-dua negara belum sampai ke tahap yang tinggi.

''Telah teruji politik semata-mata tidak mampu menyatukan nusantara, tetapi kami yakin melalui seni budaya, bahasa dan sebagainya dapat membantu dan kita akan menjelmakannya kepada beberapa bidang kerjasama," katanya yang juga Pengasas YIRMI.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis makan tengah hari bersama empat wartawan kanan dari Indonesia yang mengikuti program Lawatan Pertukaran Wartawan Malaysia-Indonesia, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf, Ketua Pengarang Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Yong Soo Heong dan Ketua Penerangan YIRMI, Sabaruddin Ahmad Sabri.

Program enam hari itu antara lain bertujuan memperkukuhkan hubungan media massa dan rakyat antara kedua-dua negara.

Dalam pada itu, Rais berkata, beliau bersama beberapa delegasi wartawan kanan dari Malaysia akan berlepas ke Manado, Sulawesi Utara, Indonesia pada 6 Februari ini untuk menyertai Hari Press Nasional di sana.

Katanya, satu pertemuan anjuran Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) dan Persatuan Wartawan Indonesia (PWI) akan diadakan sebagai salah satu program dalam acara itu bagi membincangkan beberapa perkara penting dalam konteks media massa.

''Kita akan membincangkan tentang perancangan sosial, hubungan dua hala, soal bahasa, seni budaya dan masalah kebajikan orang-orang Indonesia yang berada di Malaysia.

''Kita juga akan membincangkan bagaimana untuk menjadikan seni dan kebudayaan boleh menjalinkan hubungan lebih kuat antara Malaysia dan Indonesia," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.