saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 02/02/2013

Misteri bangkai buaya terdampar di Sg. Batang Lupar

Penduduk melihat bangkai buaya tembaga sepanjang lima meter yang terdampar di tebing Sungai Batang Lupar, Sri Aman, Sarawak, semalam.

SRI AMAN 1 Feb. - Bangkai seekor buaya tembaga sepanjang lima meter yang ditemui terdampar pagi ini di tebing Sungai Batang Lupar berhampiran Kampung Hilir, di sini, menimbulkan kegemparan dalam kalangan penduduk setempat.

Penemuan bangkai itu kira-kira 11 pagi ini tersebar dengan pantas menyebabkan penduduk setempat berkunjung ke kawasan berkenaan untuk melihat dan merakam gambar reptilia pemangsa itu.

Kematian buaya di sungai yang terkenal dengan legenda Bujang Senang itu turut mencetuskan misteri kerana tiada sebarang kesan kecederaan ditemui pada badannya.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Rabinie, 40-an berkata, buaya itu mungkin termakan umpan yang dipasang nelayan lalu dibiarkan mati terapung dibawa arus sungai sebelum terdampar.

Beliau yang merupakan individu terawal mengesan kehadiran bangkai buaya itu berkata berdasarkan keadaannya, ia mungkin mati semalam.

"Pada mulanya saya nampak objek seperti batang kayu besar di tebing sungai dan apabila diperhatikan, ia rupa-rupanya seekor buaya.

"Sebelum didekati, kami menunggu sebentar kerana risau buaya itu masih hidup," katanya di sini hari ini.

Difahamkan, bangkai buaya itu kemudiannya dibiarkan penduduk kampung untuk dihanyutkan arus apabila air pasang berlaku lewat petang ini.

Penemuan bangkai buaya di kawasan itu adalah kali kedua selepas penemuan bangkai buaya sepanjang empat meter di bawah jeti Dermaga Perdagangan Sungai Batang Lupar pada 30 Julai 2010.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:01
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.