saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 02/02/2013

Kalimah Allah: Karpal kecewa kenyataan Hadi

GEORGE TOWN 2 Feb. - Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, adalah salah untuk menyatakan keputusan Majlis Syura Ulama Pas berhubung isu kalimah Allah diterima baik oleh orang bukan Islam termasuk pemimpin DAP.

Dalam hal ini, beliau kecewa dengan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar yang memetik Abdul Hadi sebagai berkata larangan ke atas orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu telah selesai dan bahawa pimpinan atasan DAP juga menerima penjelasan berhubung perkara itu yang dibuat Mursyidul Am Pas dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa satu pertemuan ringkas dengannya di Pulau Pinang Isnin lepas.

Beliau menegaskan, tiada sebarang perkara dibincangkan berhubung isu itu apabila beliau bertemu Nik Abdul Aziz pada pertemuan tidak rasmi itu.

Katanya, Majlis Syura Ulama Pas tidak sepatutnya berpegang teguh dengan pendiriannya kerana ia bercanggah dengan pendirian pakatan pembangkang yang terdiri daripada DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Karpal Singh berkata, DAP tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman Pas sebaliknya berpegang pada pendirian yang diambil pakatan pembangkang selepas Penasihat DAP Lim Kit Siang, Abdul Hadi dan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum PKR, bersetuju bahawa kalimah itu boleh digunakan oleh orang bukan Islam. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.