saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 06/02/2013

KYF perkenal tiga program baharu

MOHD. Isa Abdul Samad (tiga dari kanan) dan kakitangan pengurusan Kolej Yayasan Felda bersama lapan pelajar terbaik pada Majlis Graduasi KYF Kampus Mempaga di Bentong, semalam.

BENTONG 5 Feb. - Kolej Yayasan Felda (KYF) akan memperkenalkan tiga program baharu iaitu kimpalan, automotif serta minyak dan gas bagi memenuhi permintaan tenaga kerja mahir dalam sektor berkenaan.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, kursus itu akan menarik minat lebih ramai generasi baharu Felda kerana menjanjikan pendapatan lumayan selain bidang tersebut kini menggunakan tenaga pekerja asing.

"Sehingga kini seramai 400 anak peneroka dan 100 pelajar luar mendaftar bagi mengikuti kursus ini yang dimulakan akhir bulan ini di Pengerang, Johor," katanya selepas menyampaikan sijil tamat pengajian kepada 127 penuntut dalam Majlis Graduasi KYF Kampus Mempaga, di sini hari ini.

Menurut beliau, Felda sentiasa berusaha meningkatkan mutu pembelajaran dan kursus dianjurkan melalui strategi membabitkan program pengisian pelajaran serta meningkatkan nilai tambah terhadap sijil yang dikeluarkan.

Dalam pada itu, beliau berkata, Felda memperuntukkan RM16 juta setahun untuk yayasan itu bagi program latihan dan kemahiran kepada anak peneroka yang gagal dalam akademik melanjutkan pengajian di kolej tersebut.

Jelasnya, peruntukan itu bertujuan memberi peluang kedua kepada mereka untuk hidup berdikari menerusi latihan kemahiran di kolej tersebut walaupun tidak cemerlang dalam bidang akademik.

Sejak beroperasi pada 1999, kata beliau, KYF berjaya melatih kira-kira 12,000 anak peneroka di empat kolej iaitu di Kampus Kelana Jaya, Selangor, Trolak (Perak), Mempaga (Pahang) dan Pengerang (Johor).

"Antara kursus yang ditawarkan ialah bahasa Inggeris dan asas penjagaan kesihatan, pembuatan pakaian, dandanan rambut, teknologi maklumat, juruteknik, sistem komputer, penyediaan makanan dan perhotelan," katanya.

Katanya, latihan kemahiran itu mengunakan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan dan Sijil Kemahiran Malaysia serta mendapat pengiktirafan Kementerian Sumber Manusia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:11
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.