saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 22/02/2013

Lapan peserta PABM ke peringkat akhir

PARA peserta akhir (dari kiri) Abdel Rahman Ibrahim Sulieman, Daniel Krausse, Zhang Yaqi dan Abdul Matin Mohammad Azeem semasa Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2013 di PPICC Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 21 Feb. - Lima tempat ke peringkat akhir Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2013 bagi kategori Antarabangsa diisi oleh peserta dari Afghanistan, Jordan, China, Panama dan Jerman.

Mereka terdiri daripada Abdul Matin Mohammad Azeem, Abdel Rahman Ibrahim Sulieman, Zhang Yaqi, Derrick Fernando Jaramillo dan Daniel Krausse.

Turut layak untuk pertandingan esok di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) adalah tiga peserta bagi kategori Nusantara iaitu dari Malaysia Mohd. Ikhwan Mohd. Rosseli; Brunei, Adi Ismat Lamat; dan Indonesia, Muhammad Zulfadhli Razali.

Menurut Penyelaras Bahagian Teknikal dan Penghakiman PABM, Mazlena Mohamad Hussain, persembahan para peserta ternyata menunjukkan peningkatan.

"Keputusan yang dibuat oleh para juri adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan.

"Kepada yang tidak berjaya boleh cuba lagi pada tahun hadapan," katanya ketika mengumumkan keputusan tersebut di sini hari ini.

Bagi pertandingan kategori Antarabangsa hanya 11 peserta berentap pada pusingan tersebut setelah peserta Rusia menarik diri ekoran keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Seramai 77 peserta dari 72 negara telah menyertai PABM pada kali ini yang bermula sejak Selasa lalu.

Johan bagi kedua-dua kategori akan membawa pulang wang tunai bernilai RM21,665, Piala Perdana Menteri, piala iringan, hadiah dan sijil.

Naib Johan pula akan membawa pulang wang tunai bernilai RM15,475, piala iringan, hadiah dan sijil.

Tempat ketiga pula menawarkan wang tunai bernilai RM 9,285, piala iringan, hadiah dan sijil.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.