saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 24/02/2013

Demi kekasih, Munirah sanggup terjun laut

Munirah Abdul Hamid mendukung anak lelakinya, disaksikan oleh Abdul Azeez Rahim (tiga dari kanan) dan Tajul Urus (kanan sekali) ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas, semalam.

PULAU PINANG 23 Feb. - Terpaksa terjun di tengah laut dan berenang sehingga ke Pulau Batam, Indonesia adalah antara pengalaman getir yang dilalui seorang gadis ketika cuba menyeberangi sempadan negara untuk mengikut teman lelakinya warga Indonesia pulang ke kampungnya.

Namun tindakan nekad gadis berusia 22 tahun dari Tanjong Dawai, Sungai Petani, Kedah itu akhirnya menjerat diri sendiri apabila ditinggalkan oleh lelaki berkenaan sebaik sahaja mereka tiba di Pulau Flores kira-kira dua tahun lalu.

Menceritakan semula sejarah hitam itu, Munirah Abdul Hamid berkata, ketika itu dia baru berusia 16 tahun dan masih menuntut di tingkatan empat.

"Semasa di kampung saya berkenalan dengan seorang lelaki Indonesia yang berasal dari Pulau Flores melalui telefon bimbit dan setelah hampir setahun berkawan, saya terpengaruh sehingga nekad mengikut lelaki itu pulang ke kampungnya.

"Pada mulanya semua berjalan seperti dirancang. Saya keluar dari rumah dengan berpakaian sekolah dan kami menaiki bot kecil menuju ke Pulau Batam pada 2007, namun bot yang kami naiki berjaya dikesan oleh pihak berkuasa negara ini di tengah laut di perairan Johor.

"Demi menyelamatkan diri saya dan penumpang lain terjun ke dalam laut dan berenang menuju ke Pulau Batam," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas di sini hari ini.

Munirah adalah antara gadis negara ini yang terpengaruh dengan ayat manis lelaki Indonesia sehingga sanggup meninggalkan keluarga dan kepulangannya adalah hasil usaha serta kerjasama Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Parlimen Merbok, Datuk Tajul Urus Mat Zain.

Turut pulang bersama Munirah adalah suaminya, Mohd. Najib Abdullah, 35, dan anak lelakinya, Mohd. Tajul Azeez yang berusia sembilan bulan.

Kepulangan Munirah sekeluarga disambut oleh ibu bapanya, Rapiah Hamid, 52, dan Abdul Hamid Mat, 51, beberapa ahli keluarga serta jiran terdekat.

Munirah dalam pada itu menambah, sebaik terjun ke laut dia terpisah dengan teman lelaki dan bagi menampung kehidupan di Pulau Batam, dia bekerja sebagai pembantu rumah selama dua tahun sebelum bertemu semula dengan teman lelakinya.

Katanya, sebaik berjumpa dengan teman lelakinya itu, dia terus diajak untuk pulang ke kampung halaman lelakinya di Pulau Flores.

Namun, disebabkan serik untuk meneruskan kehidupan di negara asing, dia menyuarakan hasrat untuk pulang ke pangkuan keluarga dan turut memaklumkan kepada lelaki berkenaan bahawa ayahnya akan datang untuk membawanya pulang.

"Marah dengan apa yang saya katakan, teman lelaki merampas telefon bimbit saya dan terus membuangnya sehingga menyebabkan saya tiada pilihan lain kerana langsung tidak mengingati nombor telefon keluarga di kampung.

"Sebaik tiba di Pulau Flores, saya ditinggalkan teman lelaki. Buntu mengenangkan nasib, saya membawa diri di sekitar pulau berkenaan sehingga bertemu dengan suami saya sekarang di sebuah rumah sakit dan dialah yang banyak membantu saya untuk mencari semula keluarga di kampung," ujarnya.

Sementara itu Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, kes Munirah mula mendapat perhatian pihaknya apabila dirujuk oleh Tajul Urus.

"Selepas mendapat maklumat, kami terus menghantar beberapa orang pegawai KP1M untuk menyiasat dan merisik mengenai Munirah di Pulau Flores.

"Alhamdulillah kita dapat bawa pulang Munirah bersama anak dan suaminya dalam masa seminggu. Saya harap kisah Munirah dapat dijadikan iktibar oleh anak-anak gadis lain agar tidak terjerat dengan cinta lelaki seberang," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.