saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 27/02/2013

Tapir jantan mati dilanggar semasa lintas jalan

ORANG ramai membantu pegawai Perhilitan Selangor mengangkat bangkai tapir di Jalan Batu Arang berhampiran Bukit Cerakah, Selangor, semalam.

SHAH ALAM 26 Feb. - Seekor tapir jantan dewasa mati akibat dipercayai dilanggar kenderaan di Kilometer 11, Jalan Batu Arang berhampiran hutan simpan Bukit Cherakah di sini hari ini.

Tapir jantan seberat hampir 100 kilogram itu ditemui orang ramai yang melalui jalan tersebut kira-kira pukul 9.15 pagi sebelum menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, kemalangan itu merupakan kali keempat haiwan spesies tersebut mati dilanggar kenderaan di sekitar kawasan terbabit sejak 2005.

Penolong Pengarah Perhilitan negeri, Ahmad Sahrizan Mohd. Nawawi berkata, selepas menerima panggilan orang awam, pihaknya bergegas ke tempat kejadian dan mendapati haiwan berkenaan telah mati di tepi jalan raya.

"Tapir yang berusia kira-kira 15 tahun itu mati akibat kecederaan di bahagian badan, kepala dan patah kaki selepas dipercayai dilanggar sebuah kenderaan yang menuju ke Puncak Alam.

"Kita percaya mungkin kejadian ini berlaku pada awal pagi ini dan tapir tersebut turut diseret sejauh kira-kira 30 meter. Kita juga tidak mendapat maklumat mengenai jenis kenderaan yang melanggar haiwan tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahmad Sahrizan berkata, bangkai tapir itu kini dihantar ke Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun, Hulu Selangor untuk dibedah siasat.

"Kita percaya haiwan ini mungkin menghuni hutan simpan Bukit Cherakah. Kita akan menjalankan bancian untuk mengenal pasti jumlah sebenar tapir yang tinggal di kawasan itu untuk tindakan lanjut bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

"Buat masa ini, kita tidak mempunyai maklumat tepat mengenai jumlah tapir di kawasan itu tetapi kami percaya hutan tersebut merupakan habitatnya. Haiwan berkenaan dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.