saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 28/02/2013

Pelajar pulangkan wang RM37,500 terima sijil

MOHD. Taat Kasran melihat sijil penghargaan yang diterima Amir Azizan Hashim berikutan kejujuran pelajar terbabit di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Syed Esa, Batu Pahat, semalam.

BATU PAHAT 27 Feb. - Memegang pesan ibu supaya jangan mengambil barangan yang dijumpai, seorang pelajar tingkatan satu sanggup mengayuh basikal sejauh 200 meter untuk menyerahkan seutas beg tangan berisi 15,000 dolar Singapura atau RM37,500 yang terjatuh daripada sebuah kereta di Taman Soga di sini awal Januari lalu.

Amir Azizan Hashim, 13, menemukan beg tangan berisi duit dan barangan berharga milik warga Singapura itu ketika dia berbasikal ke sebuah pasar raya bagi membeli surat khabar.

Menurutnya, semasa dalam perjalanan ke pasar raya itu pada pukul 10 pagi hari kejadian, dia ternampak seutas beg tangan di atas sebuah kereta yang sedang bergerak.

"Tidak lama selepas itu, beg tangan pemandu wanita berusia lingkungan 30-an tersebut terjatuh di atas jalan sebelum saya mengambil dan memeriksa kandungannya. Ketika itu saya dapati terdapat banyak wang kertas Singapura dan jam tangan yang berharga.

"Melihat keretanya bergerak perlahan, saya terus mengejar kenderaan itu dengan mengayuh basikal selaju mungkin kerana mahu menyerahkan semula beg itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Syed Esa di sini hari ini.

Amir Azizan memberitahu, usahanya mengayuh basikal dengan laju berhasil apabila dia berjaya menahan kereta tersebut dan menyerahkan semula beg tangan berkenaan kepada pemiliknya.

Wanita terbabit yang terharu dengan keikhlasan Amir Azizan memulangkan beg itu dan mengucapkan terima kasih beberapa kali selain menghulurkan wang sebagai sagu hati kepadanya.

"Tetapi saya tidak terima wang itu kerana teringat pesanan ibu dan ayah yang kerap kali menasihati supaya tidak menerima pemberian daripada orang yang tidak dikenali walaupun telah menolongnya.

"Wanita itu bertanya beberapa maklumat diri saya, antaranya alamat sekolah sebelum dia pergi dan tidak menghubungi saya selepas itu," ceritanya.

Sementara itu, Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar SMK Dato' Syed Esa, Mohd. Taat Kasran memuji tindakan Amir Azizan yang sanggup mengejar dan memulangkan beg yang ditemui itu dan patut dijadikan contoh kepada pelajar lain.

''Pemilik beg itu ada menghubungi pihak sekolah beberapa hari selepas kejadian bagi memaklumkan berhubung keikhlasan Amir Azizan dan memujinya.

''Berikutan itu pihak sekolah telah menganugerahkan sijil penghargaan atas kejujuran Amir," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.