saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 28/02/2013

Kalimah Allah: Abdul Hadi perlu beri penjelasan

DR. MOHD. PUAD Zarkashi menyampaikan Sumbangan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) kepada 299 penerima di Dewan Jubli Intan di Batu Pahat hari ini. - UTUSAN/ZAINAL AZHAR MOHAMED

BATU PAHAT 28 Feb. - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi mendesak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tampil mendedahkan isi kandungan kenyataan dan persetujuan pakatan pembangkang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islan yang turut ditandatanginya.

Menurutnya, pendedahan terbaru Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramah politik di Ketereh, Kelantan semalam menimbulkan keraguan berhubung pendirian sebenar Pas dalam isu berkenaan.

"Abdul Hadi perlu menjelaskan isi kandungan kenyataan yang ditandatanginya bagi mendedahkan kisah sebenar mengenai pendirian Pas dalam isu kalimah Allah. Saya pasti akar umbi Pas juga ingin mengetahui cerita sebenar yang dijaja oleh rakan sekutu dalam pakatan itu," katanya pemberita selepas menyampaikan Sumbangan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) kepada 299 penerima di Dewan Jubli Intan di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramah politik di Kelantan mendedahkan Abdul Hadi memberi persetujuan dan menandatangani kenyataan membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah. - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.