saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/03/2013

JMM puji kerajaan anjur seminar tangani isu LGBT

KUALA LUMPUR 28 Feb. - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) memuji langkah kerajaan menganjurkan Seminar Keibubapaan Menangani Isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) baru-baru ini dalam usaha mengatasi gejala sosial itu di negara ini.

Pengarah Kebangsaannya, Hamdan Mohd. Salleh berkata, langkah itu jelas menunjukkan kerajaan peka terhadap bahaya gejala sosial tersebut terhadap masyarakat.

"Semua orang sedar kini isu LGBT jelas menimbulkan masalah kepada masyarakat dan melanggar peraturan sosial dan lumrah kehidupan manusia," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai seminar yang dianjurkan Yayasan Guru Malaysia Berhad di Pulau Pinang pada Selasa lalu dan dihadiri Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi.

Puad dalam seminar itu berkata, masyarakat tidak perlu malu dan bersikap lebih terbuka untuk berbincang mengenai LGBT jika mahu benar-benar mahu gejala itu dibanteras segera.

Hamdan berkata, seminar seperti itu wajar dianjurkan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai memandangkan ada pihak-pihak yang sering mempertahankan kegiatan LGBT atas alasan hak asasi manusia.

"JMM ingin mencadangkan agar pada seminar seterusnya dijemput Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk S. Nallakaruppan sebagai penceramah di seminar seperti itu.

"Kehadiran Anwar dan Nallakaruppan pasti akan memberi publisiti besar kepada seminar ini," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.