saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 03/03/2013

Perisikan sahkan pertemuan Anwar-Nur Misuari

KUALA LUMPUR 2 Mac - Perisikan tentera mengesahkan terdapat pertemuan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari beberapa bulan sebelum pencerobohan berlaku di Lahad Datu, Sabah.

Selain itu agensi yang sama turut mengesahkan seorang pemimpin pembangkang Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan terlibat mengadakan pertemuan dengan Sultan Muidzullail T. Kiram iaitu salah seorang pemerintah Kesultanan Sulu juga beberapa bulan sebelum kejadian berlaku.

Pendedahan ini menguatkan lagi dakwaan pihak perisikan tentera Filipina sebelum ini apabila secara terbuka mengaitkan nama pemimpin pembangkang sebagai dalang.

Menurut sumber perisikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pertemuan antara Anwar dan Jeffrey dengan pihak MNLF serta wakil Kesultanan Sulu dipercayai ada kaitan dengan janji-janji tertentu sehingga mendorong kumpulan yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu menceroboh Sabah.

"Memang berlaku pertemuan antara Anwar dengan Nur Misuari dan antara Jeffrey dengan salah seorang pemimpin Kesultanan Sulu. Ia dipercayai berkait dengan beberapa janji yang ditawarkan pihak pembangkang," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, pihak perisikan Filipina dipetik portal berita negara itu, Inquirer News melaporkan, terdapat tiga kumpulan yang menjadi dalang pencerobohan Tentera Diraja Kesultanan Sulu di Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu yang akhirnya membawa kepada tragedi berdarah.

Malah secara terbuka, agensi perisikan Filipina mengaitkan nama Anwar apabila mendedahkan seorang pemimpin pembangkang Sabah yang rapat dengan Ketua Pembangkang mengadakan pertemuan dengan pihak penceroboh dan menawarkan jaminan sokongan.

Pada 14 Februari lalu pula, agensi berita antarabangsa, Reuters yang memetik kenyataan seorang pegawai tinggi tentera Filipina mendakwa, pencerobohan kumpulan bersenjata tersebut berlaku atas jemputan pemimpin pembangkang di negara ini.

Lapor Reuters, kumpulan 150 orang diketuai Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzumudie itu mendarat di Lahad Datu bagi membincangkan isu tuntutan tanah ekoran jemputan pemimpin pembangkang Malaysia tetapi segera dinafikan Anwar yang mendakwa kenyataan itu dibuat UMNO.

Selain Reuters, akhbar dalam talian, The Manila Times menerusi koresponden mereka, Al Jacinto juga mendakwa, pencerobohan tersebut ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia untuk memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak.

Dalam pada itu, beberapa laman blog tempatan dikesan mula menyiarkan gambar pertemuan Anwar dengan Nur Misuari sejak dua minggu lalu manakala sebuah blog khusus untuk masyarakat Suluk, tausug-global.blogspot.com pula memaparkan gambar pertemuan Jeffrey.

Sementara itu Jeffrey ketika dihubungi menafikan beliau adalah individu yang dimaksudkan perisikan tentera Filipina tetapi mengakui ada mengadakan pertemuan dengan Raja Muda Kesultanan Sulu pada Julai dan September tahun lalu.

"Itu bukan yang terlibat dalam pencerobohan, yang datang Sabah bulan Julai tahun lalu ialah Raja Muda Sulu. Dia datang untuk menjemput saya hadir ke pertabalan beliau sebagai Sultan Sulu di Pulau Jolo dalam bulan September tetapi saya tidak dapat hadir.

"Dia adalah kawan saya dan menentang pencerobohan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.