saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 05/03/2013

Sabah milik sah Malaysia, tidak boleh dituntut mana-mana pihak - Rais

JELEBU 5 Mac - Sabah ialah hak milik sah Malaysia mengikut undang-undang antarabangsa, dan negeri itu atau sebahagian daripadanya, tidak boleh dituntut oleh mana-mana pihak, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Beliau berkata, perkara itu jelas termaktub dalam keputusan Suruhanjaya Cobbold 1963 yang menentukan bahawa majoriti rakyat Sabah bersetuju negeri itu menyertai Persekutuan Malaysia.

"Sebelum Malaysia dibentuk, sebuah suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Cobbold telah diwujudkan, bagi membuat pungutan suara rakyat Sabah berkenaan penyertaan negeri itu dalam Persekutuan Malaysia.

"Secara keseluruhan suruhanjaya itu mendapati rakyat Sabah mahu menyertai Malaysia dan kemasukan ke Malaysia adalah tindakan kenegaraan dan tiada lagi tuntut-menuntut selepas itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Jalinan Murni Pemimpin Bersama Warga Penjara dan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik di Institusi Pemulihan Dadah di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas pencerobohan di Lahad Datu, Sabah oleh kumpulan bersenjata yang mendakwa diri mereka sebagai "Tentera Kesultanan Sulu" yang kononnya mahu menuntut negeri itu daripada Malaysia. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.