saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 06/03/2013

RM100,000 kepada setiap keluarga anggota terkorban

KOTA KINABALU 6 Mac - Kerajaan negeri Sabah akan memberi sumbangan sebanyak RM100,000 kepada setiap keluarga anggota keselamatan yang terkorban di Lahad Datu dan Semporna.

Ketika mengumumkan perkara itu, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata kabinet negeri yang membincangkan perkara itu turut bersetuju memberi sumbangan sebanyak RM50,000 kepada anggota keselamatan yang cedera dalam kedua-dua kejadian itu.

"Di samping itu, kerajaan negeri akan mempertimbang pemberian bantuan lain yang sesuai kepada balu dan anak-anak anggota serta pegawai polis terbabit," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan kabinet Sabah di Wisma Innoprise, di Likas dekat sini hari ini.

Musa berkata kerajaan negeri dan seluruh rakyat Sabah amat menghargai dan menyanjung tinggi jasa serta pengorbanan pasukan keselamatan dalam mempertahan kedaulatan negara.

"Sesungguhnya pengorbanan mereka terhadap negara memang besar maknanya yang tidak dapat dinilai dengan apa sekalipun," katanya.

Lapan anggota polis terkorban dan empat yang lain cedera dalam insiden pencerobohan pengganas asing di pantai timur Sabah pada Jumaat dan Sabtu lepas. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.