saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 07/03/2013

Kanak-kanak hidap kanser mata rayu bantuan

Nik Zuraidah Nik Yeli bersama Muhammad Azim Nor Hazri yang menderita sakit kanser mata di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang kerian, Kelantan, semalam.

KOTA BHARU 6 Mac - Sepasang suami isteri, Nor Hazri Ahmad, 40, dan Nik Zuraidah Nik Yeli, 39, memohon bantuan daripada orang ramai bagi menanggung kos rawatan kanser mata atau Rhabdomyosarcoma yang dihadapi anaknya, Muhammad Azim Nor Hazri, 5, sejak dua tahun lalu.

Pasangan berasal dari Kampung Keroh, Kuala Krai ketika ditemui berkata, penyakit anaknya semakin teruk sejak tahun lalu apabila kanser yang tumbuh di mata kiri Muhammad Azim kini sebesar penumbuk seorang lelaki dewasa.

Menurut Nik Zuraidah, kanser tersebut yang asalnya hanya ketumbit kecil di kelopak mata anaknya kini semakin besar menyebabkan kanak-kanak itu terpaksa menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) setiap hari.

"Saya sangat sedih melihat keadaan anak saya. Ketumbuhan di mata kirinya semakin hari semakin membesar dan sukar dirawat walaupun dulu asalnya hanya ketumbit kecil.

"Sebagai seorang ibu saya sangat berharap agar anak saya cepat sembuh dan membesar dengan sihat dan gembira seperti kanak-kanak lain," katanya ketika ditemui di HUSM Kubang Kerian di sini hari ini.

Menurut Nik Zuraidah, Muhammad Azim dikesan menghidap Rhabdomyosarcoma iaitu sejenis kanser mata kanak-kanak yang jarang berlaku dan lebih tertumpu dalam kalangan kanak-kanak berusia setahun hingga lima tahun pada 2011.

"Ketika dia berusia tiga tahun kami mengesan terdapat ketumbuhan seperti ketumbit di bahagian mata kirinya dan telah dibuang di Hospital Kuala Krai namun, tidak lama kemudian ketumbuhan tersebut tumbuh semula dan sekali lagi menjalani pembedahan untuk membuangnya.

"Bagaimanapun, apabila tumbuh kali ketiga, ketumbuhan tersebut diperiksa dan disahkan sebagai kanser sebelum kami diarahkan untuk mendapatkan rawatan pakar HUSM," katanya.

Sementara itu, isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datin Seri Kamarzan Ahmad Meah hari ini meluangkan masa kira-kira satu jam menziarahi kanak-kanak itu di HUSM.

Selain memberi sokongan moral kepada keluarga itu, beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi bagi menampung kos rawatan Muhammad Azim.

Mereka yang ingin menyampaikan sumbangan wang boleh menyalurkannya melalui akaun Maybank Nik Zuraidah bernombor 153029208754.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.