saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 07/03/2013

Guan Eng digesa tampil perjelas isu tender projek RM6.3 bilion

GEORGE TOWN 7 Mac - Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang hari ini menggesa Ketua Menteri, Lim Guan Eng tampil menjelaskan isu pemberian tender projek mega bernilai RM6.3 bilion kepada sebuah konsortium.

Wakil mereka, Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin berkata, sebagai ketua menteri yang memimpin kerajaan negeri, Lim tidak harus menyerahkan tugas memberi penjelasan mengenai isu itu kepada pegawai kerajaan negeri.

"Siapa yang akan bertanggungjawab kalau projek ini ada masalah? Adakah pegawai kerajaan? Ketua Menteri hanya cuci tangan dengan menyatakan tidak terlibat dalam proses penilaian teknikal dan pemilihan tender," katanya pada sidang media di sini.

Isnin lepas, kenyataan akhbar bersama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus dan Pegawai Kewangan Pulau Pinang, Datuk Mokhtar Mohd. Jait menyatakan: "Sebagai rumusan, proses penilaian teknikal dan pemilihan tender dijalankan secara profesional oleh jawatankuasa yang dipengerusikan masing-masing oleh Pegawai Kewangan dan Setiausaha Kerajaan Negeri, tidak melibatkan Ketua Menteri."

Pemuda BN negeri sebelum itu dilapor mempertikaikan tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang menyerahkan tender projek tersebut kepada sebuah konsortium yang memiliki modal berbayar RM2 dan modal dibenarkan RM100,000.

Projek mega yang diumum kerajaan negeri dipimpin DAP itu melibatkan pembinaan empat lebuh raya utama termasuk terowong bawah dasar laut dari Gurney Drive ke Bagan Ajam.

Pembinaan projek itu diserah kepada Consortium Zenith BUCG Sdn. Bhd. iaitu syarikat tujuan khas yang dibentuk daripada lima syarikat - Zenith Construction Sdn. Bhd., China Railway Construction (dua syarikat ini memegang keseluruhan 70 peratus ekuiti), Beijing Urban Construction Group (BUCG), Sri Tinggi Sdn. Bhd. dan Juteras Sdn. Bhd. yang masing-masing memiliki 10 peratus.

Mengulas lanjut, Shaik Hussein berkata, mereka juga pelik dengan pemilihan tiga syarikat dalam konsortium itu iaitu Zenith Construction, Sri Tinggi dan Juteras kerana masing-masing tidak dikenali oleh pemaju dan kontraktor lain.

Shaik Hussein turut mendakwa Consortium Zenith BUCG Sdn. Bhd. baru ditubuhkan tiga bulan sebelum proses tender dijalankan. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.