saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 09/03/2013

Pelbagai pihak teruskan bantahan terhadap Tian Chua

KUALA LUMPUR 8 Mac - Pelbagai pihak hari ini terus mengadakan demonstrasi aman terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua di seluruh negara bagi mengecam kenyataan biadab Ahli Parlimen Batu itu dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di Sabah.

Di ibu negara, kira-kira 400 ahli daripada 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul sambil membawa sepanduk dan kain rentang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan biadab pemimpin PKR itu.

Antaranya Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dan Waris Malaya.

Mereka turut membuat 10 laporan polis bagi mendesak Jabatan Peguam Negara turut campur tangan melakukan siasatan ke atas Tian Chua.

Selain insiden Lahad Datu, laporan polis turut dibuat berhubung penipuan manifesto yang dijanjikan kerajaan pakatan pembangkang.

Di Subang Jaya, kira-kira 250 orang daripada 17 NGO antaranya Persatuan Penyayang Komuniti dan Masyarakat Subang Jaya, Persatuan Sikh Putra Height, Persatuan Pemandu Teksi Sabah dan Perkasa berkumpul membawa sepanduk dan membakar patung yang dianggap sebagai Tian Chua.

Di Pasir Mas, kira-kira 200 penduduk mencabar Tian Chua datang ke Kelantan untuk berhadapan penduduk di negeri itu bagi menjelaskan kenyataannya.

Demonstrasi yang diadakan pada pukul 11 pagi itu diketuai Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat; ahli-ahli UMNO bahagian itu serta tiga NGO iaitu Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Gerakan Tukar), Perkasa dan Pekida.

Tiga laporan polis turut dibuat di IPD Pasir Mas ke atas Tian Chua oleh Hanafi, wakil Perkasa dan wakil Pekida bagi meminta pihak berkuasa menyiasat pemimpin berkenaan.

Di Nibong Tebal, kira-kira 80 orang daripada empat NGO membuat laporan polis seterusnya mengadakan demonstrasi secara aman bagi membantah kenyataan kontroversi Tian Chua di luar perkarangan IPD Seberang Perai Selatan di Jawi dekat sini malam tadi.

Demonstrasi pada pukul 10 malam itu disertai ahli Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Kelab Belia Bell Tamil, UMNO Cawangan Kubang Buaya dan Komuniti 1Malaysia Bukit Panchor.

Di Kota Kinabalu, Puteri UMNO Bahagian Kota Kinabalu mengecam dan mengutuk kenyataan biadab Tian Chua dan menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin PKR itu.

Di Bukit Mertajam, kira-kira 50 ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Mertajam dan NGO mewakili bekas anggota tentera dan polis mengadakan demonstrasi secara aman bagi membantah kenyataan Tian Chua selepas solat Jumaat.

Bantahan yang diadakan di perkarangan Masjid Jamek Sungai Rambai di sini itu turut membakar poster pemimpin PKR tersebut, diketuai Ketua Pemuda UMNO Bukit Mertajam, Fauzi Sharif.

Di Bentong, Ketua Wanita UMNO Bahagian Bentong, Senator Roslin Abdul Rahman menyifatkan Tian Chua seorang warganegara yang tidak bermoral dan tiada integriti kerana mempolitikkan soal keselamatan negara.

Balai Polis Bentong di sini hari ini.

Di Kuala Lipis, sebanyak 50 ahli beberapa NGO di sini semalam mengadakan demonstrasi membantah kenyataan Tian Chua yang menyifatkan insiden pencerobohan di Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO.

Di Pulau Pinang, polis telah menerima sebanyak 87 laporan berhubung kenyataan Tian Chua tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.