saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 10/03/2013

Kedegilan Tian Chua dikecam

Sebahagian daripada 40 ahli Wanita UMNO Bahagian Batu Kawan mengadakan demonstrasi secara aman terhadap Tian Chua di luar Balai Polis Bukit Tengah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam.

KUALA LUMPUR 9 Mac - Keengganan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua memohon maaf serta menarik balik kenyataan biadab dibuatnya berhubung insiden pencerobohan pengganas Sulu terus dikecam apabila pelbagai pihak membuat laporan polis di seluruh negara hari ini.

Di IBU NEGARA, sebanyak 30 bekas anggota komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tampil membuat tiga laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Salah seorang bekas komando, Sani Osman berkata, laporan polis itu dibuat sebagai tanda kemarahan dan tidak puas hati mereka terhadap kenyataan ahli politik berkenaan.

"Kami harap tindakan tegas diambil terhadap Tian Chua kerana kenyataannya itu jelas tidak berperikemanusiaan dan mampu merosakkan keamanan negara.

"Beliau sepatutnya menghormati dan menzahirkan simpati pada pejuang yang terkorban kerana mempertahankan kedaulatan negara," katanya mewakili kumpulan itu selepas membuat laporan pukul 10.15 pagi ini.

Di BUKIT MERTAJAM, sebanyak 40 ahli Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Batu Kawan mengadakan perhimpunan aman di pekarangan Balai Polis Bukit Tengah sambil mendesak polis menyiasat kenyataan Ahli Parlimen Batu itu.

Ketuanya, Rohaya Abu Ismail berkata, siasatan itu perlu kerana tuduhan yang tidak berasas yang mengatakan insiden dan tragedi pencerobohan tersebut sebagai mainan politik dan sandiwara UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Di PASIR PUTEH, lebih 300 penduduk Selising berpiket secara aman mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Tian Chua berhubung kenyataan biadab itu.

Mereka diwakili aktivis masyarakat, Hashim Ismail, 58, dan Zulkifli Mat Ali, 56, turut membuat laporan polis pada pukul 10 pagi ini meminta pihak berkuasa menyiasat kenyataan pemimpin pembangkang itu seterusnya mencari dalang di sebalik insiden berkenaan.

Perhimpunan aman itu turut disertai oleh beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antaranya Persatuan Seni Silat Selising, Kelab Kebudayaan dan Kesenian Tradisional Selising, Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Selising serta Perkumpulan Wira Wati Selising.

Di JEMPOL, sebanyak 19 laporan polis telah diterima di sekitar daerah ini menggesa pihak berkuasa segera menjalankan siasatan terhadap kenyataan Tian Chua.

Hampir 100 ahli NGO mengadakan demonstrasi aman dengan berarak di sekitar daerah itu sambil menyanyikan lagu Inilah Barisan Kita selain membawa sepanduk mengecam tindakan Tian Chua.

Presiden Persatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA), Khairul Annuar Mansor berkata, polis digesa mengambil tindakan segera kerana kenyataan Tian Chua boleh menimbulkan suasana tegang dalam kalangan penduduk di negara ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.