saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 11/03/2013

Pekida sanggup jihad di Lahad Datu

KLANG 10 Mac - Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Malaysia bersedia menghantar ahli-ahlinya ke Lahad Datu, Sabah jika ada seruan berjihad daripada pihak kerajaan untuk rakyat negara ini menyumbang bakti mempertahankan kedaulatan wilayah tersebut.

Presiden Pekida Malaysia, Jamaludin Yusof, 60, berkata, Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia sejak 1963, maka menjadi kewajipan ahli-ahli Pekida berjihad bagi memastikan tiada pihak yang berani memperkotak-katikkan hak mutlak negara.

"Saya sebagai Presiden Pekida Malaysia bersedia menyeru ahli-ahli Pekida mewakafkan jiwa dan raga mereka demi mempertahankan negara dengan berjuang melindungi Sabah daripada dirampas askar penceroboh.

"Ahli-ahli Pekida tidak gentar berjuang hingga ke titisan darah terakhir demi mempertahankan negara Malaysia yang merupakan negara Islam dan seterusnya memastikan tiada siapa lagi yang berani menodai keamanan yang kita kecapi selama ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penerangan dan Penyampaian Watikah Abang-Abang Kawasan Pekida Daerah Klang di Dewan Teluk Pulai, Sungai Udang di sini hari ini.

Mengulas mengenai isu kalimah Allah yang masih menjadi polemik, Jamaludin berkata, pihaknya berpendirian kalimah tersebut adalah milik mutlak umat Islam dan tidak boleh dikongsi dengan penganut agama lain.

"Kalimah Allah terkandung dalam wahyu yang dibawa oleh malaikat kepada rasul dan nabi dan telah tercatat dalam al-Quran bahawa kalimah Allah merupakan Tuhan Yang Maha Esa.

"Kita akan tentang hingga titisan darah terakhir jika ada pihak masih berdegil mahu kalimah Allah digunapakai dalam Injil bahasa Melayu," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.