saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 20/03/2013

Ahli Pas berlagak seperti pengawal keselamatan Kuin

ALOR SETAR 20 Mac - Kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) kesal dengan tindakan kira-kira 50 orang dipercayai ahli Pas yang 'berlagak' dan bertindak seperti pengawal keselamatan sepanjang Majlis Anugerah dan Jasamu Dikenang di kampus baharunya di Kuala Ketil dekat sini semalam.

Kumpulan berkenaan yang memakai baju rasmi Unit Amal berwarna merah dan jaket tertera tulisan Unit Keselamatan Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Kuala Ketil mempunyai logo Pas bertindak mengawal lalu lintas, pergerakan kakitangan Kuin dan keselamatan di kampus tersebut sehingga menimbulkan beberapa insiden yang amat dikesalkan oleh kakitangan Kuin.

Pensyarah Kuliah Muamalat Kuin, Sajiah Yakob berkata, tindakan tidak profesional yang ditunjukkan oleh kumpulan petugas Pas itu membuktikan campurtangan luar dalam menyelesaikan kemelut kolej universiti berkenaan.

Katanya, kehadiran kumpulan berkenaan membolehkan rakyat menilai siapa sebenarnya yang berpolitik dan menjadi ejen politik di dalam Kuin.

''Persoalannya siapakah yang membawa mereka masuk, apakah hak mereka menahan kakitangan Kuin dalam kampus, siapakah yang memberi kuasa kepada mereka dan siapakah yang membenarkan mereka mengusir serta melakukan kekerasan kepada beberapa kakitangan Kuin?," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan 10 kakitangan kolej universiti itu yang dikenakan surat tunjuk sebab pada bulan lepas dihalang daripada memasuki kampus Kuin di Kuala Ketil bagi menghadiri Majlis Anugerah dan Jasamu Dikenang di Dewan Besar Kuin petang semalam. - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.