saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 24/03/2013

Ketua Polis Negara rai 53 penerima pingat keberanian

KUALA LUMPUR 24 Mac - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar merai 24 bekas dan pegawai polis daripada sejumlah 53 penerima pingat Seri Pahlawan (SP), pingat Panglima Gagah Berani (PGB) dan pingat Jasa Perkasa Persekutuan (JPP) pada majlis makan malam sempena Sambutan Hari Polis Ke-206 di sini, malam tadi.

Antara penerima pingat SP, PGB dan JPP itu, 16 masih berkhidmat manakala 37 pegawai polis telah bersara.

Majlis itu diadakan di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Cheras dan merupakan yang pertama dalam program sambutan Hari Polis bagi menghargai pengorbanan pasukan keselamatan berkenaan memandangkan sebelum ini tiada program seumpamanya diadakan.

Majlis itu bermula pada 8 malam dan turut dihadiri Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin; Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazaren; dan beberapa pengarah jabatan dari Bukit Aman.

Sementara itu, seorang bekas Superintenden Datuk Paul Kiong yang juga penerima pingat SP pada tahun 1983, berpendapat majlis berkenaan dilihat mampu mengeratkan hubungan silaturahim penerima sama ada yang telah bersara atau masih berkhidmat.

"Kami dapat jumpa rakan lama yang sama-sama berjuang dulu selain berkongsi pendapat serta pandangan dengan anggota baharu yang masih berkhidmat," katanya kepada pemberita. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.