saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 24/03/2013

Gagal kuasai BI punca penuntut IPT tempatan gagal sesi temu duga

KOTA BHARU 24 Mac - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan memperkasakan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan yang didapati masih lemah menyebabkan mereka sering kali gagal dalam sesi temu duga.

Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Ab. Rahim Md. Noor berkata, selain lemah bahasa Inggeris, siswazah IPT tempatan juga dikatakan memiliki tahap berkomunikasi yang rendah dan perkara tersebut diakui serta sering kali dibangkitkan oleh pihak industri.

"Di atas kegagalan itu mereka akhirnya gagal mendapat pekerjaan walaupun berulang kali menghadiri temu duga.

"Pelajar kita ini dari segi peperiksaan mereka bagus, dari segi penguasaan dan komunikasi mereka lemah. Mereka boleh menjawab soalan, tetapi bercakap, temuduga, ceramah tidak sampai tahap yang memuaskan. Kita akan memperkasakan penguasaan bahasa Inggeris ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Kebolehpasaran Graduan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bersama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Kampus Kota universiti berkenaan di sini hari ini. - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.