saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 25/03/2013

Taman burung terbesar di Asia

MELAKA 24 Mac - Taman Burung Melaka yang dibina di atas tapak berkeluasan 1.8 hektar di Taman Botanikal Ayer Keroh di sini merupakan yang terbesar di Asia dan berjaya menandingi Jurong Bird Park, Singapura.

Taman burung bernilai RM30 juta yang siap sepenuhnya 28 Februari lalu itu menempatkan kira-kira 400 spesies burung dan tiga spesies burung kakak tua bernilai RM20,000 seekor yang diimport dari Brazil.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, taman burung berkenaan adalah produk pelancongan baharu negeri ini dan dilihat sebagai lokasi pelancongan yang unik kerana pengunjung di taman itu dapat melihat burung-burung secara dekat.

Menurutnya, taman burung itu yang dikelilingi 12,000 batang pokok pelbagai spesies dapat mewujudkan suasana nyaman, selain memberikan pengalaman seperti berada dalam hutan sebenar.

"Taman burung dalam Taman Botanikal ini mempunyai hutan jenis tropika yang sangat sesuai untuk menempatkan pelbagai spesies burung termasuk dari rantau Asia, antaranya bangau kendi, enggang badak, burung unta dan burung upeh," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian Taman Burung Melaka yang disempurnakan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen di sini, semalam.

Mohd. Ali berkata, kemudahan lain yang disediakan di taman burung itu ialah tandas awam, surau, taman permainan kanak-kanak, kedai cenderamata dan restoran.

Destinasi pelancongan itu akan mula beroperasi sepenuhnya pada 1 April depan dari 9 pagi hingga 6 petang setiap hari dengan bayaran masuk RM10 bagi kanak-kanak dan RM15 (dewasa).

Antara aktiviti yang dijalankan di taman burung itu adalah memberikan makan kepada burung, pertunjukan burung, pengalaman unik kepada pengunjung untuk melihat lebih dekat burung melalui menara tinjau.

Kerajaan negeri percaya taman burung berkenaan mampu menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini dan merancakkan promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 yang menyasarkan 28.8 juta kemasukan pelancong ke negara ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.