saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 29/03/2013

Maritim Malaysia pamer kesiapsiagaan

SEBAHAGIAN daripada kapal perang milik tentera laut dari pelbagai negara berlabuh di Jeti StarCruises di Pameran LIMA '13 di Langkawi, semalam.

LANGKAWI 28 Mac - Kesiapsiagaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam menjaga kedaulatan perairan negara diterjemahkan melalui demonstrasi operasi antiperlanunan serta mencari dan menyelamat di sini hari ini.

Demonstrasi selama sejam bagi setiap sesi membabitkan sebanyak 200 warga maritim berpengalaman itu melibatkan kecekapan agensi tersebut mengendalikan aset sekali gus memberi pengalaman baharu kepada ribuan pengunjung Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013.

Antara aset yang menjadi tumpuan ialah bot Penggalang, Petir, Kilat, Penyelamat, kapal ronda kelas Sipadan, PZ-Gagah, Rumania, Tugau, Gemia, Marlin, helikopter Dauphine AS365 N3 dan pesawat Bombardier CL145.

Turut dipamerkan ialah aksi tangkas Pasukan Tindakan Khas Maritim Malaysia (Star) dalam mengendalikan helikopter Agusta Westland AW139.

Gabungan pergerakan dan keupayaan 30 aset laut terdiri daripada lapan kapal dan 22 bot serta tiga aset udara itu turut mendapat perhatian pegawai-pegawai tertinggi tentera dari luar negara.

Demonstrasi dimulakan dengan formasi lintas terbang pesawat dan lintas lalu bot pemintas kelas Petir, bot Penggalang dan bot Kilat sebelum diteruskan dengan aksi bot pemintas Petir yang dipandu pada kelajuan lebih 40 knot oleh enam anggota pasukan tersebut sebelum melakukan pergerakan pusingan 360 darjah.

Demonstrasi disambung dengan sebuah helikopter Dauphine AS365 N3 membuat pemantauan lokasi dan melaporkan situasi semasa.

Pasukan Star memperlihatkan keupayaan menaiki bot Petir untuk mematahkan tindakan keganasan di perairan dengan melakukan aksi force boarding setelah menerima laporan sekumpulan lanun merampas sebuah kapal persiaran di perairan Selat Melaka.

Dalam masa sama, anggota Star turun daripada helikopter Agusta Westland di atas kapal persiaran yang dirampas dengan melakukan teknik fast roping sehingga berjaya mematahkan serangan kumpulan lanun tersebut.

Aksi diteruskan dengan operasi mencari dan menyelamat penumpang kapal persiaran yang ditawan itu yang terjatuh ke laut dan diselamatkan penyelamat menggunakan teknik winch up bagi menaikkan mangsa ke helikopter Dauphine sebelum dikejarkan ke hospital.

Demonstrasi itu berakhir selepas kebakaran pada kapal persiaran tersebut berjaya dipadamkan pesawat Bombardier menggunakan kaedah water scooping dan water bombing.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Operasi Udara Maritim Malaysia, Datuk Zammani Mod Amin berkata, agensi berkenaan sentiasa memainkan peranan terbaik dalam tugasan mengawasi perairan negara.

"Sebab itu, hari ini kami lakukan demonstrasi untuk mencerminkan kesiapsiagaan Maritim Malaysia dalam memastikan perairan negara bebas daripada ancaman lanun," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:15
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.