saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 29/03/2013

24 perjanjian pertahanan RM4.271b dimeterai

LANGKAWI 28 Mac - Sebanyak 24 perjanjian dan kontrak bernilai RM4.271 bilion membabitkan industri pertahanan ditandatangani dalam Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah keseluruhan itu diperoleh menerusi enam dokumen kontrak serta tiga surat setuju (LOA) Kementerian Pertahanan bernilai RM548 juta di samping 11 memorandum persetujuan (MoA) dan empat memorandum persefahaman (MoU) bernilai RM3.7 bilion.

"Perjanjian-perjanjian ini bagi memperkuatkan industri pertahanan di Malaysia terutamanya kerjasama mewujudkan penempatan syarikat-syarikat Eropah khusus dari Itali di Taman Teknologi Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MDSTP) di Sungkai, Perak," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani kontrak, MoU dan MoA sempena LIMA 2013 di sini hari ini.

Antara syarikat yang menandatangani dokumen kontrak dan LOA adalah Joint Stock Company Aviation Holdings Company Sukhoi, Rosebank Engineering, UniKL Resources, Telekom Malaysia, Malaysian Airline System Bhd. (MAS), BHIC Aeroservices dan BHIC Defence Techservices.

Kerjasama MoA dan MoU pula melibatkan kerajaan negeri Pahang, Puncak Niaga Holdings, MDSTP, Pertubuhan Industri Marin Malaysia (AMIM) dan Aerotree Defence & Services.

Antara syarikat yang menandatangani MoU dan MoA dengan MDSTP adalah Artimal De System, Duromac, Gem Elettronica, Khadra Ventures dan Pusat Kajian Aeroangkasa Itali (CIRA).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:15
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.