saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 29/03/2013

10,000 disasar sertai Kayuhan Patriotik 1Malaysia @Putrajaya

KUALA LUMPUR 29 Mac - Seramai 10,000 orang disasar menyertai program Kayuhan Patriotik 1Malaysia @Putrajaya pada 3 April ini.

Menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Belia dan Sukan, program itu dijadual disertai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku pencetus idea, serta menteri-menteri Kabinet.

Penganjuran program yang berkonsepkan 1Malaysia itu terbuka kepada semua lapisan masyarakat dan antara lain bertujuan memberi peluang kepada perdana menteri untuk lebih mendekati rakyat di samping menggalakkan gaya hidup sihat.

"Selain itu ia bertujuan menjadikan Putrajaya pusat kegiatan aktiviti sukan dan kecergasan yang mesra belia di samping memberi peluang kepada peserta menikmati keindahan Putrajaya," menurut kenyataan itu.

Program Kayuhan Patriotik itu melibatkan jarak sejauh 12 kilometer bermula dari hadapan Kementerian Kewangan, Presint 2 dan berakhir di hadapan Istana Kehakiman, manakala bagi pengayuh tegar mereka akan berkayuh sejauh 20km untuk mengelilingi Putrajaya.

Program itu dilaksanakan dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya, Yayasan Rakyat 1Malaysia, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta Polis Diraja Malaysia.

Pendaftaran dibuka mulai hari ini dan mereka yang berminat boleh menghubungi 03-88713172/03-88713000 atau melayari www.kbs.gov.my atau FB Fanpage KBSMalaysia. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.