DALAM NEGERI
ARKIB : 13/04/2013
Takaful Ikhlas taja RM23,850 Pertandingan Bijak Mengeja Jawi

KUALA LUMPUR 12 April - Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas) menyumbangkan tajaan sebanyak RM23,850 untuk Pertandingan Bijak Mengeja Jawi Peringkat Negeri Perlis 2013 anjuran Utusan Melayu (M) Berhad.
Pertandingan itu bakal berlangsung pada 24 April ini di Kangar, Perlis bersempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2013.
Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas, Ab. Latiff Abu Bakar berkata, penajaan merangkumi pengedaran akhbar Utusan Malaysia sebanyak 10,800 naskhah kepada 10 sekolah pemenang pada setiap Isnin selama setahun.
Menurut beliau, penajaan pertandingan itu merupakan kali kedua diadakan selepas 2011 di Ipoh, Perak khusus untuk murid-murid sekolah.
"Pertandingan ini merupakan kerjasama kami dengan Utusan Malaysia untuk mendedah dan meningkatkan kesedaran tentang penulisan jawi dalam kalangan anak muda.
"Diharapkan dengan usaha ini, mereka akan lebih menghargai seni penulisan jawi yang merupakan identiti budaya negara ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Terdahulu, beliau menyerahkan cek penajaan kepada Pengurus Besar Pemasaran dan Edaran Utusan Melayu (M) Berhad, Hasmadi Hassan yang turut disaksikan Naib Presiden Pembangunan Pendidikan dan Komunikasi Korporat Perbadanan Nasional Berhad (PNB), Aziz Anuar dan Penolong Naib Presiden Jabatan Pembangunan Pendidikan PNB, Zamani Abdullah.
Menurut Ab. Latiff, langkah itu juga memberi ruang kepada syarikat insurans tersebut untuk menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui aspek pendidikan kepada masyarakat.
Beliau berharap, pertandingan tersebut dapat dilanjutkan sehingga ke peringkat kebangsaan dalam perancangan akan datang syarikat berkenaan.
Malaysia berhasrat duduki kerusi Lembaga Eksekutif UNESCO
ASEAN bentuk pasaran bersepadu tahun depan
UNSC: Najib garis 5 keutamaan
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
Kerajaan Persekutuan tidak abaikan PBT
Kekalkan hubungan baik
Malaysia akan promosi prinsip kesederhanaan
UNSC: Amanah selesaikan kemelut ummah di seluruh dunia, tangkis Islamofobia
Negara galas tanggungjawab besar, berat di pentas global - Razali
Bangunan sekolah rosak teruk
Kanakkanak ditemui berkeliaran
Matlamat gerakan ISIS tidak jelas, wajar dijauhi
SOSMA tidak mampu kekang kumpulan militan IS
Kerajaan jangan tunduk
Tubuh Institut Minda Guam - SukaGuam
2 juta penerima BR1M tiada akaun
Menara Mara dicadang tapak jualan
Bahasa Melayu perlu mekanisme baharu
DBP-PBT jalin kerjasama baiki bahasa
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












