saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 19/04/2013

Ibu tunggal dapat kad diskaun

Najib Tun Razak, Rosmah Mansor dan Shahrizat Abdul Jalil bersalaman dengan sebahagian daripada 13,000 ibu tunggal yang hadir pada Majlis Pelancaran Jaringan Untuk Wanita Ibu Tunggal Malaysia (Juwita) di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Farizwan Hasbullah

KUALA LUMPUR 18 April - Hampir 900,000 ibu tunggal yang berdaftar di seluruh negara boleh menikmati harga barangan dan perkhidmatan sehingga 50 peratus lebih rendah melalui Kad Diskaun 1Malaysia (KD1M) yang kini turut diperluaskan kepada golongan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemberian kad diskaun itu adalah bagi meringankan beban mereka dan bukti keprihatinan kerajaan dalam membela nasib golongan tersebut.

Selain kad diskaun itu, Perdana Menteri turut mempertimbangkan pemberian Skim Insurans Ibu Tunggal Berdaftar kepada golongan terbabit yang kini bernaung di bawah Sekretariat Jalinan Untuk Wanita Ibu Tunggal Malaysia (Juwita).

Melalui skim insurans tersebut, jelas Perdana Menteri, antara faedah yang akan dinikmati ialah faedah kematian RM5,000, kematian akibat kemalangan (RM10,000), khairat kematian (RM5,000) dan hilang upaya kekal (RM10,000).

"Insurans nyawa merupakan satu daripada skim yang saya percaya sangat memberi manfaat.

"RM12 juta (jumlah keseluruhan skim) yang kerajaan akan tanggung ini bukan jumlah yang besar, oleh itu kerajaan sedia untuk pertimbangkan cadangan skim insurans ibu tunggal.

"Kerajaan tidak boleh terus meluluskan perkara ini kerana mengikut undang-undang kerajaan sementara, tetapi seandainya kita diberi mandat, kita boleh tambah dalam Aku Janji Barisan Nasional (BN)," katanya.

Pengumuman Perdana Menteri itu menerima tepukan gemuruh daripada kira-kira 13,000 wakil persatuan ibu tunggal yang memenuhi Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena pelancaran Juwita anjuran Pergerakan Wanita BN di sini hari ini.

Yang turut hadir, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Pengerusi Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta Pengerusi Tetap Wanita UMNO, Tan Sri Napsiah Omar.

Menurut Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, beberapa keutamaan lain turut diambil kira demi membela nasib golongan ibu tunggal seperti memberikan bantuan guaman percuma di bawah Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Kata beliau, mereka juga akan ditawarkan sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) kerana ada antaranya yang terpaksa menjadi ketua keluarga tetapi tidak ada rumah sendiri untuk berteduh dan membesarkan anak-anak.

"Sebenarnya banyak mahu kita buat tetapi kita perlu menyeberangi jambatan kecil dahulu sehingga sampai penghujungnya 5 Mei nanti dan pastikan BN terus berkuasa," katanya.

Najib berkata, berbeza dengan kerajaan Parti Keadilan Rakyat Selangor, selama lima tahun memerintah negeri itu, janji untuk seramai 125,393 ibu tunggal tidak pernah ditunaikan.

Beliau juga menyifatkan golongan itu merupakan satu kumpulan dalam masyarakat yang amat wajar diberikan bantuan dan pembelaan di bawah aku janji BN.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:11
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.