VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 November 2014 / 8 Muharam 1436  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 25/04/2013

Letupan di ceramah perdana BN

POLIS dari Unit Forensik mencari bahan bukti di lokasi insiden letupan berhampiran Bilik Gerakan Pilihan Raya BN Nibong Tebal, Pulau Pinang, semalam.

NIBONG TEBAL 24 April - Ceramah perdana anjuran Barisan Nasional (BN) Parlimen Nibong Tebal di Jawi di sini malam tadi dikejutkan dengan insiden letupan mengakibatkan seorang petugas parti cedera.

Letupan berlaku pukul 10.15 malam di kawasan longgokan sampah terletak kira-kira 10 meter dari pentas utama berhampiran Bilik Gerakan Pilihan Raya BN Nibong Tebal.

Ketika kejadian, Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan sedang berucap di depan hampir 3,000 hadirin.

Turut hadir calon BN bagi Parlimen Nibong Tebal yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman dan Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow.

Seorang pekerja parti berusia 35 tahun dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap kerana mendapat kecederaan di betis kanan akibat terkena serpihan paip plastik dan mangsa dirawat sebagai pesakit luar.

Pada 29 Mac lalu, tersebar risalah mengandungi cara untuk mewujudkan ketegangan oleh sebuah parti pembangkang di pusat-pusat mengundi di kawasan tertentu semasa pilihan raya.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya percaya insiden letupan itu didalangi kumpulan profesional berikutan penemuan jerangkap letupan rekaan (IED) dalam bahan letupan.

"Siasatan polis mendapati letupan tersebut menggunakan dua IED yang dibungkus dan diletakkan dalam longgokan sampah di belakang pentas utama.

"Polis juga menemui satu lagi bahan IED yang kemudiannya diletupkan oleh Unit Pemusnah Bom pada pukul 3 pagi ini," katanya kepada pemberita ketika melawat lokasi kejadian di sini hari ini.

Beliau berkata, motif kejadian adalah untuk menakutkan orang ramai bagi menimbulkan suasana huru-hara di kawasan ceramah.

Berikutan insiden itu, Abdul Rahim memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mewujudkan suasana tidak aman di negeri itu.

Katanya, orang ramai tidak perlu bimbang kerana keadaan keselamatan dan ketenteraman di negeri itu terkawal.

"Sebuah pasukan khas diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah telah ditubuhkan untuk menyiasat dan mengesan pihak yang bertanggungjawab melakukan jenayah berkenaan.

"Setakat ini, polis telah merekodkan keterangan daripada tujuh saksi yang berada di tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 6, Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman didenda RM10,000 dan penjara tujuh tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:00
Asar 4:20
Maghrib 6:58
Isyak 8:09



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.