saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 29/04/2013

Najib umum kenaikan pangkat Shaharuddin

Rosmah Mansor menenangkan Rahimah Ibrahim, balu Allahyarham Shaharuddin Ibrahim ketika menziarahi keluarga Allahyarham di Dengkil, Selangor, semalam. - BERNAMA

DENGKIL 28 April - Perdana Menteri hari ini mengumumkan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri), Allahyarham Datuk Shaharuddin Ibrahim yang mati ditembak Jumaat lalu, dinaikkan gred daripada Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) B kepada JUSA A.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dengan kenaikan gred tersebut, bererti faedah gratuiti dan pencen tahunan yang akan diterima balu Allahyarham juga akan bertambah.

“Dalam menjalankan tugas demi kepentingan negara maka kerajaan mengambil keputusan menaikkan gred Allahyarham daripada JUSA B kepada JUSA A.

“Ini sebagai pengiktirafan kerajaan untuk pengorbanan mutlak dilakukan Allahyarham sebagai seorang pegawai tinggi kerajaan yang gigih serta berdedikasi dalam menjalankan tugas demi negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi balu Allahyarham, Datin Rahimah Ibrahim di rumahnya di sini hari ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa.

Allahyarham Shaharuddin, 58, mati ditembak dua lelaki bermotosikal ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya pada Jumaat lalu.

Najib turut mengingatkan semua petugas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan badan penguat kuasa yang lain supaya lebih berhati-hati dalam menjalankan tugas masing-masing.

Menurut Najib, sudah pasti ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengelak menjadi sasaran mereka berniat jahat itu.

“Saya juga sudah minta pihak polis lakukan siasatan rapi dan segera serta mahu kes itu dapat diselesaikan agar mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan," katanya.

Sementara itu, Rahimah yang ditemui selepas menerima kunjungan Najib melahirkan rasa kesyukuran dan terharu atas keprihatinan Perdana Menteri terhadap apa yang menimpa beliau sekeluarga.

“Terima kasih kerana Perdana Menteri begitu mengambil berat terhadap arwah sebagai penjawat awam, terima kasih juga di atas kenaikan gred yang diumumkan beliau.

“Pengumuman itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban kami, selain dapat menjaga kebajikan keluarga," katanya.

Semasa hayatnya, Allahyaham suaminya, kata Rahimah, sering berkongsi mengenai tugasnya yang berisiko tinggi, namun dianggap oleh Shaharuddin sebagai perkara biasa.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.