saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 06/05/2013

PRU-13: Pembangkang kecewa, enggan terima hakikat kekalahan

KUALA LUMPUR 6 Mei - Beberapa pemimpin pembangkang hari ini ternyata tidak dapat menerima hakikat kekalahan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dengan menyatakan kekecewaan masing-masing menerusi laman media sosial.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri menerusi laman twitternya berkata, beliau berada seharian di pejabat hari ini dengan berpakaian serba hitam.

"Hari yang muram untuk demokrasi," katanya.

Anak perempuannya, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan memenangi kerusi Parlimen Lembah Pantai, juga dalam laman twitter berkata:

"Kemenangan moral milik kita berkat usaha rakyat! lawan tetap lawan."

Manakala twitter milik ibunya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pula tidak menyatakan sebarang komen.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam blognya, blog.limkitsiang.com mengkritik kenyataan Barisan Nasional (BN) bahawa kemenangan DAP hasil tsunami Cina yang dianggap tidak tepat.

Malah, Kit Siang menganggap hal itu sebagai tsunami Malaysia yang memperlihatkan peningkatkan kerusi Parlimen pakatan pembangkang daripada 82 pada PRU-12 kepada 89 pada PRU-13.

Manakala kerusi Dewan Undangan Negeri telah meningkat daripada 197 buah kerusi pada 2008 kepada 230 pada 2013. - UTUSAN ONLINE

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.