saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 08/05/2013

Krishna terima Anugerah Canselor UTM

Pelajar cemerlang Universiti Teknologi Malaysia, V. Krishna Veni (kiri), Liew Choon Yoong (tengah) dan Nor Hamizah Miswan menunjukkan anugerah yang diterima dalam majlis konvokesyen universiti itu di Skudai, dekat Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 7 Mei - Keazaman serta minat mendalam terhadap subjek Kimia mendorong V. Krishna Veni muncul sebagai penerima Anugerah Canselor sempena Majlis Konvokesyen Ke-50 Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Krishna, 28, graduan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) Kimia memberitahu, subjek tersebut menjadi kegemarannya sejak berada di tingkatan enam sambil menyifatkan setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan ada hubung kait dengan kimia.

Kini beliau sedang menimbang beberapa tawaran daripada institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) untuk menjadi pensyarah.

"Saya sudah menerima beberapa tawaran untuk mengajar di IPTS tetapi masih menunggu peluang untuk mengajar di institusi pengajian tinggi awam kerana mereka lebih mengiktiraf pensyarah yang memiliki Ph.D," katanya selepas menghadiri majlis tersebut di UTM Skudai dekat sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 2,709 pelajar menerima pelbagai ijazah dan diploma masing-masing iaitu 116 ijazah doktor falsafah (Ph.D), 1,058 ijazah sarjana, 1,001 ijazah sarjana muda dan 534 diploma.

Daripada jumlah itu, seramai 530 pelajar adalah penuntut antarabangsa.

Sementara itu, dua lagi pelajar ijazah sarjana, Liew Choon Yoong, 28, dan Nor Hamizah Miswan, 23, dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pro-Canselor UTM selepas berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam bidang akademik.

Choon Yoong, graduan Ijazah Sarjana Sains Forensik memberitahu, akibat meminati siri televisyen CSI (Crime Scene Investigation), dia mengambil keputusan untuk meneruskan pengajian dalam bidang itu.

"Saya memang minat siri TV itu dan kemudian memutuskan untuk menyambung pengajian dalam bidang ini walaupun terpaksa berkorban masa untuk mendapatkan keputusan cemerlang tetapi ia amat berbaloi," katanya yang sudah menerima tawaran untuk berkhidmat bersama pasukan Polis Diraja Malaysia.

Nor Hamizah, pelajar Ijazah Sarjana Sains (Matematik) pula sentiasa menanamkan sikap belajar untuk mengajar bagi membolehkan setiap ilmu diterima akan kekal.

Dia yang kini berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Segamat juga menyimpan niat untuk menyambung pengajian ke peringkat Ph.D pada September ini.

"Saya juga berharap agar kejayaan ini akan menjadi contoh kepada adik-adik yang lain serta pelajar saya," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.