saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 09/05/2013

Azizan jalani pembedahan potong dua belah kaki petang ini

ALOR SETAR 9 Mei - Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan menjalani pembedahan untuk memotong kedua-dua belah kakinya yang mengalami jangkitan di Hospital Pulau Pinang, petang ini.

Setiausaha Akhbar beliau, Mohd. Helmi Khalid berkata, walaupun sukar membuat keputusan itu, keluarga Azizan terpaksa meneruskan prosedur pembedahan itu demi menyelamatkan nyawanya.

"Kita sama-sama doakan pembedahan tersebut berjalan lancar dan Azizan akan kembali pulih," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pesuruhjaya Pas Kedah itu dipindahkan ke hospital berkenaan untuk rawatan lanjut selepas menerima rawatan awal di Kedah Medical Centre (KMC) kelmarin.

Azizan terpaksa melepaskan jawatan Menteri Besar Kedah kepada Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berikutan kekalahan pakatan pembangkang kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, Ahad lalu.

BN memperoleh 21 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekali gus mendapat majoriti mudah bagi membolehkan parti itu menubuhkan kerajaan negeri yang baharu. - UTUSAN ONLINE

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.