saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 13/05/2013

30,000 ibu bertuah dirai meriah

NURUL Ain Diyana, 26 (kanan), Nurul Ayesha Ahmad Anuar, 28 (kiri) dan adiknya, Nur Deenee Adreana Lee, 10, mencium serta memeluk ibu mereka, Roziah Yahaya, 48, selepas memberikan sekuntum bunga dan hadiah sempena Hari Ibu 2013 di hadapan Kompleks Beli-Belah Sogo, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 12 Mei - Seramai 30,000 ibu di seluruh negara menerima cenderamata yang diedarkan sempena program sambutan Hari Ibu 2013 anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini.

Pengedaran cenderamata berupa kek cawan, bunga mawar serta belon itu diadakan di pelbagai lokasi pasar raya serta hospital di semua negeri antaranya Pasar C-Mart Arau, Perlis; Wad Bersalin Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah; Tesco Extra Seberang Jaya, Pulau Pinang dan Mydin Meru, Perak.

Pemangku Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr. Anjli Panalal K. Doshi berkata, pengedaran cenderamata oleh kementerian itu merupakan tanda penghargaan terhadap pengorbanan kaum ibu negara ini.

"Ini merupakan satu langkah untuk menzahirkan rasa cinta dan kasih kami terhadap ibu-ibu di Malaysia kerana tanpa mereka, kita tidak akan berada di sini.

"Malah, dengan tema 'Respek Wanita', diharap program kali ini dapat memberikan kesedaran kepada rakyat Malaysia supaya menghormati hak wanita, khususnya kaum ibu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program tersebut di ruang legar kompleks beli-belah Sogo di sini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Datin Munirah Abdullah Bajanuddin.

Program tersebut turut mendapat kerjasama LPPKN, JPW serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Tambah beliau, program tersebut akan berlangsung selama sebulan dengan pelbagai aturcara telah disediakan.

"Antaranya program pendidikan wanita bagi setiap negeri di kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) terpilih; program pemeriksaan mamogram percuma untuk wanita berumur 40 tahun dan ke atas serta program vaksinasi Human Papiloma Virus (HPV) percuma untuk wanita yang lahir pada 1993 dan 1994," katanya.

Menurut Dr. Anjli Panalal, perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan sepanjang program itu boleh didapati di klinik-klinik LPPKN berdekatan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.