saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 20/05/2013

Pas Kelantan tolak konspirasi jatuhkan kerajaan

Ahmad Yakob

KOTA BHARU 19 Mei - Kerajaan Pas Kelantan menolak sebarang konspirasi untuk menjatuhkan Kerajaan Persekutuan melalui cara kekerasan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya berpegang teguh bahawa demokrasi merupakan jalan terbaik untuk menukar kerajaan di negara ini.

Jelasnya, pendirian beliau itu selari dengan kepimpinan Pas Pusat yang sejak dahulu sentiasa memilih jalan demokrasi untuk menukar kerajaan.

“Saya juga tentunya tidak bersetuju dengan jalan kekerasan untuk menjatuhkan kerajaan dan juga memohon agar proses pilihan raya dihormati," katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Ahmad mengulas kenyataan beberapa pihak yang meminta agar proses pilihan raya dihormati dan rakyat diminta tidak menggunakan kekerasan bagi menjatuhkan kerajaan.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan dengan nama Malaysia Spring seperti yang didakwa bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Khalid berkata, polis telah menilai dan memandang serius dakwaan itu kerana perkara tersebut boleh menggugat keharmonian serta kesejahteraan awam.

Tunku Abdul Aziz sebelum ini dilaporkan mendakwa, pembangkang sudah lama merancang konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan sekiranya mereka kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Dalam pada itu, Ahmad yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan turut menggesa pihak berkenaan pada masa sama menghormati pilihan yang telah dibuat oleh rakyat Kelantan.

“Jika pilihan yang dibuat oleh rakyat Kelantan pun tidak dihormati dengan menyekat pelbagai hak yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat Kelantan, bagaimanakah pilihan rakyat di tempat-tempat lain boleh dihormati?," soalnya.

Beliau mengambil contoh Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di negeri ini dengan mendakwa kewujudan jabatan itu tidak menghormati pilihan rakyat kerana wujud kerajaan dalam kerajaan.

“Jadi hormatilah pilihan rakyat dan ini masa untuk bekerja demi kebaikan rakyat," katanya.

Meskipun cuba dipolitikkan oleh Pas, namun, kewujudan JPP di Kelantan telah menyaksikan banyak projek pembangunan demi kesejahteraan rakyat negeri ini secara langsung dapat dilaksanakan, antaranya pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra 2, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dan banyak lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.