saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 24/05/2013

Pengusaha kimpalan kereta tawar kemahiran kepada belia Melayu

Saiful Azhar Adnan (enam dari kiri) bersama sekumpulan wadar Jabatan Penjara Malaysia yang mengikuti Kursus Kemahiran Pengetukan Panel Dan Semburan Cat di bengkelnya di Klang, Selangor, semalam.

KLANG 23 Mei - Bagi menyahut seruan jihad ekonomi umat Melayu, seorang pengusaha bengkel mengimpal dan mengecat kereta menawarkan kursus kemahiran kepada para belia Melayu sekali gus menceburi bidang itu yang kini lebih banyak dikuasai pengusaha bukan bumiputera.

Saiful Azhar Adnan, 38, sanggup bersedia berkongsi pengalamannya selama 10 tahun dalam bidang itu dengan memberi tunjuk ajar kepada anak muda Melayu dan bakal pesara kerajaan hingga dapat membuka bengkel sendiri.

Menurutnya, ramai anak muda Melayu berbakat dalam bidang itu namun memilih bekerja di kilang pembuatan kereta dan pusat penyelenggaraan kenderaan dengan pendapatan yang sederhana meskipun mempunyai sijil kemahiran dalam bidang berkenaan.

"Sekiranya terdapat lepasan sekolah tingkatan lima atau bakal pesara sektor awam yang mahu terjun ke bidang kimpalan, saya sedia memberi tunjuk ajar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Saiful Azhar yang memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap satu dan dua kini giat memberi latihan kepada kakitangan sektor awam antaranya Jabatan Penjara di bengkelnya, Topbody Services di Lot 569, Jalan Selamat, Off Jalan Sungai Udang, di sini.

Menurut Saiful Azhar, dia bukan sahaja akan mencurahkan pengalamannya dalam bidang itu malah sedia membantu mencari modal untuk memulakan perniagaan kepada mereka yang berminat.

"Latihan yang akan saya berikan hanya mengenakan yuran yang berpatutan tetapi hasil pendapatan bakal diperoleh peserta dijangka berlipat kali ganda.

"Impian saya adalah melahirkan seramai mungkin usahawan Melayu dalam bidang mengetuk dan mengecat kereta di negara ini," katanya.

Tambah Saiful Azhar mereka yang berminat boleh menghubunginya menerusi 012-2111403.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:10
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.