saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 24/05/2013

Erni Dekritawati bersyukur, puas hati keputusan mahkamah

Erni Dekritawati Yuliana Buhari ditemu bual oleh pihak media selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap tertuduh yang didapati bersalah membunuh ibunya dan mangsa yang lain, semalam.

SHAH ALAM 23 Mei - Anak sulung Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari bersyukur dan berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi di sini hari ini yang menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap empat lelaki yang membunuh ibunya dan tiga yang lain.

"Saya dan keluarga amat berpuas hati dan berterima kasih kepada pihak mahkamah, pihak keselamatan, media serta seluruh warga Malaysia yang memberi sokongan kepada saya dan keluarga.

"Tidak dapat saya bayangkan dengan kata-kata perasaan saya, selepas menanti tiga tahun akhirnya kami mendapat jawapan," katanya yang kelihatan tenang.

Kelibat wanita berusia 28 tahun itu tidak kelihatan di dalam galeri awam ketika keputusan itu dibacakan oleh Hakim Datuk Akhtar Tahir, namun dia hanya muncul di lobi mahkamah ditemani suaminya selepas prosiding selesai.

Ketika diajukan mengenai perkara itu, Erni berkata, dia tiada kekuatan untuk mendengar keputusan itu dibacakan tetapi selepas mengetahui keputusan, barulah dia berani tampil.

Dalam kes itu, bekas peguam, N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang, T. Thilaiyalagan, 21, R. Matan, 22, dan R. Kathavarayan, 32, disabitkan bersalah membunuh Sosilawati, 47; pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32; dan pegawai bank, Noorhisham Mohamad, 38.

Pembunuhan kejam itu berlaku di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010.

Sementara itu, sejurus selepas keputusan itu dibacakan, isteri Allahyarham Noorhisham, Suzana Radin Pangan segera mendapatkan pihak pendakwaan dan bersalaman dengan mereka.

Suzana, 41, ketika ditemui media di luar mahkamah dalam nada sebak dan menangis menyatakan, dia bersyukur dengan keputusan tersebut.

"Alhamdulillah semua sudah selesai, saya menghormati keputusan mahkamah, kematian suami saya mendapat pembelaan," ujar ibu kepada tiga anak itu.

Bagaimanapun, ahli keluarga Kamaruddin dan Ahmad Kamil tidak kelihatan di mahkamah.

Sementara itu, beberapa orang ahli keluarga kesemua tertuduh yang turut berada di pekarangan mahkamah dilihat menangis teresak-esak dan berpelukan sesama sendiri.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.