saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 28/05/2013

Tiga hari terpaksa ikat perut

MOHD. Fadzuan Suhaimi (dua dari kiri) dipeluk oleh anggota keluarganya di Pangkalan Operasi Maritim Kelantan di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan, semalam.

PASIR PUTEH 27 Mei - Lima pemancing yang dilaporkan hilang semasa memancing di perairan Tumpat sejak Jumaat lalu terpaksa 'mengikat perut' menahan lapar selama dua hari dan berkongsi titisan air selepas bekalan minuman yang dibawa mereka semakin kehabisan.

Menceritakan kejadian itu, salah seorang daripada mangsa, Mazlan Mohamad, 43, berkata, mereka terputus bekalan makanan beberapa jam selepas enjin bot fiber yang mereka naiki mati akibat kehabisan minyak.

Katanya, bekalan makanan yang dibawa mereka sebenarnya cukup untuk mengalas perut sahaja kerana mereka tidak bercadang untuk memancing dalam tempoh yang lama.

"Cuaca di tengah laut panas terik, kami seolah-olah berpuasa. Bayangkan bekalan air minum yang kami bawa hanya tinggal lima sentimeter dalam bekas," katanya ketika ditemui di Pangkalan Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Kelantan di Tok Bali hari ini.

Kelima-lima pemancing itu yang hilang sejak Jumaat lalu ditemui dalam keadaan lemah oleh nelayan Thailand yang menaiki bot nelayan tempatan di perairan Tok Bali pukul 10 malam tadi.

Mereka ialah Mohd. Fadzuan Suhaimi, 25, dan adiknya, Mohd. Firdaus, 18, dari Kampung Dalam Rhu, Pasir Puteh; Mohd. Osman Mohamad, 36, dari Kampung Morak, Tumpat; Mazlan Mohamad, 44, dari Wakaf Che Yeh, dan pemandu bot, Mohd. Masdi Che Hassan, 39, dari Kampung Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu.

Mazlan berkata, usaha untuk berlabuh bagi mengekalkan kedudukan mereka dari dihanyutkan arus tidak dapat diteruskan apabila terpaksa menghadapi gelombang laut yang membadai dan ribut kencang pada waktu malam.

"Kami bertolak pukul 2 pagi Jumaat lalu. Pagi itu kami menjelajah dari satu unjam ke satu unjam kerana terlalu seronok apabila mendapat ikan yang banyak.

"Kami merancang kembali ke pangkalan di Tumpat pada pukul 12 tengah hari dan sempat menunaikan solat Jumaat di daratan.

"Disebabkan ghairah untuk memancing kami tidak sedar bekalan minyak yang digunakan tidak mencukupi untuk perjalanan pulang," katanya yang berasal dari Wakaf Che Yeh Kota Bharu.

Menurutnya, jarak untuk kembali ke jeti lebih kurang lima kilometer namun disebabkan kehabisan minyak mereka terpaksa menunggu bot lain yang mungkin melintasi laluan berkenaan.

"Malangnya, kebanyakan bot yang melintasi bot kami tidak berhenti walaupun pelbagai isyarat dan laungan kami telah lakukan," katanya.

Seorang lagi mangsa, Mohd. Fadzuan Suhaimi, 25, dari Kampung Dalam Rhu berkata, mereka turut berusaha membina layar namun tidak berjaya.

"Mujurlah malam tadi dengan tenaga yang kurang dan badan yang semakin lemah kami bernasib baik bertemu dengan awak-awak Thailand yang mengusahakan bot tempatan.

"Kami hanya menggunakan bahasa isyarat dengan tangan dan memek muka menyatakan hanyut di laut dan tidak makan selama dua hari.

"Kami dijanjikan untuk dihantar pulang ke jeti di Tumpat namun kami dirundung malang sekali lagi kerana bot nelayan itu mengalami kerosakan enjin.

"Kami terpaksa melakukan ikhtiar yang lain termasuk memanjat kabin bot dan mencari tempat yang tinggi sehingga telefon bimbit yang dibawa berjaya digunakan untuk menghubungi pasukan penyelamat dan anggota keluarga masing-masing," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.