saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 09/06/2013

Seri Paduka berangkat ke Istiadat Mengarak Panji-Panji

TUANKU Abdul Halim Mu'adzam Shah diiringi Zulkifeli Mohd. Zin memeriksa barisan kehormat pada Istiadat Mengarak Panji-Panji sempena Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, semalam. - MINGGUAN/AZLIZA HAILANI

KUALA LUMPUR 8 Jun - Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pagi ini berangkat ke Istiadat Mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong yang merupakan simbolik ikrar taat setia Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada Seri Paduka selaku pemerintah tertinggi pasukan keselamatan negara.

Istiadat sempena sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong itu diadakan di Dataran Merdeka dan turut diserikan dengan keberangkatan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.

Pasangan diraja itu tiba tepat pukul 9 pagi dan disambut dengan lagu Negaraku diikuti 21 das tembakan meriam yang disempurnakan 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja, sebaik sahaja menaiki pentas khas.

Yang turut hadir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan isteri, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah serta menteri-menteri Kabinet.

Hadir sama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin dan pegawai-pegawai kanan daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM.

Istiadat kemudiannya diteruskan dengan upacara lintas hormat lima helikopter milik ATM diketuai Mejar Tengku Ahmad Shaiful Tengku Muhammad yang membawa bendera Malaysia, ATM, Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di ruang udara dataran.

Seri Paduka turut memeriksa perbarisan terdiri daripada 22 pegawai dan 540 anggota lain-lain pangkat yang diterajui Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, Leftenan Kolonel Mohd. Rosli Abu Bakar.

Gabungan Pancaragam Pusat ATM seterusnya memulakan upacara Membuka Medan mengarak panji-panji dengan perbarisan berjalan lalu dalam rentak perlahan dan cepat.

Ikrar taat setia dengan laungan Daulat Tuanku sebanyak tiga kali oleh anggota perbarisan bergema pada penghujung istiadat mengarak panji-panji itu.

Yang di-Pertuan Agong sekali lagi menerima tabik hormat daripada pasukan kawalan kehormatan disertai terbang lintas hormat lima buah helikopter ATM terdiri daripada dua buah helikopter Nuri milik TUDM dan Agusta A-109 LOH (TDM) serta sebuah helikopter Fennec TLDM.

Panji-panji merupakan penghormatan negara yang dianugerahkan oleh Seri Paduka kepada rejimen atau kor ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM.

Panji-panji yang diarak adalah panji-panji Rejimen Askar Melayu Diraja yang dianugerahkan pada 23 Mac 1963; Rejimen Renjer Diraja (3 Mac 1992); Kor Armor Diraja (23 Mac 1963); TLDM (12 Mac 1966) serta panji-panji TUDM yang telah dianugerah pada 14 Mac 1967.

Panji-panji dikelilingi dua karangan padi dengan lambang di penjuru kiri atas menunjukkan Perkhidmatan manakala Rakaman Penghormatan Tempur disulam di kiri dan kanan Lambang Diraja.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.