saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 13/06/2013

CMSB sasar penglibatan 10 peratus koperasi berdaftar

Abdul Fattah Abdullah (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Azrinaz Mazhar Hakim (kiri) sambil diperhatikan oleh Muhammad Abdul Ghani dalam majlis pelancaran program Rakan Niaga Clixster Mobile-MyCoop bersama Koperasi Bekas Tentera Malaysia Berhad di Petaling Jaya, semalam.

PETALING JAYA 12 Jun - Syarikat Pengendali Rangkaian Talian Mudah Alih Maya (MVNO) 3G dan 4G terbaharu di Malaysia, Clixster Mobile Sdn. Bhd. (CMSB) menyasar sebanyak 10 peratus daripada jumlah keseluruhan 10,200 koperasi berdaftar di negara ini menyertai program Rakan Niaga Clixster Mobile-MyCoop.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mahadzer Arshad berkata, usaha tersebut secara tidak langsung akan memberi peluang kepada golongan masyarakat untuk terlibat dalam industri telekomunikasi.

"Lebih 1,000 koperasi berdaftar bakal menyertai industri ini. Program ini menggalakkan komuniti seperti bekas tentera, ibu tunggal dan koperasi untuk terlibat dalam industri telekomunikasi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar majlis pelancaran program Rakan Niaga Clixster Mobile-MyCoop bersama Koperasi Bekas Tentera Malaysia Berhad di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah CMSB, Cik Puan Azrinaz Mazhar Hakim, Timbalan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Abdul Fattah Abdullah, Pengerusi Koperasi Kebajikan Bekas Tentera Malaysia Berhad, Datuk Muhammad Abdul Ghani.

Jelas Mahadzer, inisiatif itu bermatlamat mewujudkan satu ekosistem berdaya maju dalam kalangan usahawan, pengusaha dan ahli-ahli koperasi dalam perniagaan telekomunikasi yang berkaitan dengannya.

Katanya, sebanyak 90 peratus pemberi perkhidmatan telekomunikasi kini dimonopoli oleh beberapa kumpulan tertentu bermula daripada pembuat kad sehingga penjual kad sim.

"Sehubungan itu, pihak kami ingin menawarkan peluang kepada semua lapisan masyarakat khususnya usahawan, pengusaha dan ahli-ahli koperasi menceburi perniagaan ini," katanya.

Beliau berkata, CMSB turut menyasar sebanyak 500,000 orang melanggan program tersebut menjelang akhir tahun ini berbanding 22,000 pelanggan setakat ini.

Dalam pada itu, Abdul Fattah berkata, sebanyak 15 koperasi telah dilantik sebagai pengedar utama bagi mengerakkan program itu.

Katanya, sebanyak 120 koperasi dilantik sebagai pengedar manakala 500 lagi dijadikan reseller untuk menjalankan program terbabit.

"Kini, program tersebut tertumpu di Lembah Klang sahaja dan akan diluaskan pada peringkat negeri dalam masa terdekat," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.