saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 16/06/2013

Vaksin imunisasi tiada bahan haram

KUALA LUMPUR 15 Jun - Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan dakwaan vaksin atau imunisasi yang disuntik kepada bayi mengandungi bahan-bahan haram dan membahayakan nyawa.

Agensi tersebut dalam kenyataan bersama di sini hari ini turut menafikan program imunisasi yang dijalankan kerajaan sejak 1950-an itu bertujuan melemahkan umat Islam.

"Kementerian Kesihatan dan Jakim menasihatkan seluruh masyarakat tidak terpengaruh dan percaya dengan berita-berita yang disebarkan dalam pelbagai saluran media oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

"Sekiranya timbul keraguan atau perlukan pengesahan, eloklah rujuk kepada pihak berkuasa supaya penyebaran isu-isu seumpama itu tidak menimbulkan kegelisahan kepada masyarakat seluruhnya," demikian menurut kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu, semua vaksin yang digunakan didaftar di bawah Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan dinilai mengikut keperluan piawaian antarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dari aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan.

Tambahnya, kesan sampingan akibat imunisasi selalunya adalah ringan dan tidak berbahaya berbanding kesan jangkitan penyakit itu sendiri dengan kesan sampingan yang kerap dilaporkan adalah demam dan sakit di tempat suntikan.

"Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan sentiasa memantau kesan sampingan akibat imunisasi di semua fasiliti kesihatan. Sehingga kini, tiada tindakan regulatori terhadap vaksin akibat kesan sampingan," jelas kenyataan itu.

Dari sudut pandangan syarak, kenyataan itu menjelaskan, imunisasi yang merupakan jalan pencegahan adalah perkara yang dituntut dalam Islam sesuai dengan kaedah usul fikah.

"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia sejak 1988 telah mengeluarkan beberapa pandangan hukum berkaitan langsung dengan imunisasi yang seharusnya menjadi panduan seluruh umat Islam," demikian menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, maklumat lanjut mengenai penggunaan vaksin dari sudut syarak tersebut boleh didapati di portal e-Fatwa iaitu www.e-fatwa.gov.my.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.