saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 17/06/2013

Jajaran kedua MRT meliputi Putrajaya

AZHAR Abdul Hamid (kiri) bertanyakan sesuatu kepada pekerja warga asing ketika meninjau keadaan bilik pekerja di Kuarters Pekerja Berpusat Cheras milik MRT Corp di Jalan Cochrane, Cheras, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN

KUALA LUMPUR 17 Jun - Projek Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) jajaran ke-dua dan ke-tiga dijangka meliputi kawasan Putrajaya, kata ketua pegawai eksekutif MRT Corp., Datuk Azhar Abdul Hamid.

Katanya, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kini sedang membuat kertas kerja mengenai jajaran ke-dua dan ke-tiga MRT yang akan dibentangkan kepada kerajaaan untuk mendapat kelulusan.

"Kita menjangka akan ada berita baik (kelulusan dari kerajaan) pada hujung tahun ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Kuarter Pekerja Berpusat (CLQ) MRT di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah wakil-wakil kedutaan pekerja yang terbabit dalam pembinaan MRT antaranya Kemboja, Vietnam, Nepal dan Pakistan.

Menurut Azhar, kertas kerja SPAD itu dijangka merangkumi jajaran ke-dua dan ke-tiga tetapi pengumuman perlaksanaan bergantung kepada kerajaan, sama ada secara sekali gus atau satu per satu.

Beliau turut memberi gambaran bahawa jajaran ke-dua berkemungkinan bermula dari Sungai Buloh ke Putrajaya manakala jajaran ke-tiga akan mengelilingi Lembah Klang.

Sementara itu, mengenai CLQ, Azhar berkata, pembinaan pusat berkenaan adalah untuk menyediakan kemudahan tempat tinggal yang selesa kepada pekerja-pekerja MRT yang datang sari pelbagai negara.

Kata beliau, pada kemuncak pembinaan MRT, dijangkakan 13,000 pekerja akan terbabit dalam projek berkenaan.

Untuk menampung tempat tinggal para pekerja berkenaan, MRT Corp membina CLQ di empat tempat - Sungai Buloh, Cochrane, Cheras dan Kajang, dengan kos lebih kurang RM100 juta, yang mampu untuk menampung 12,000 pekerja, katanya.

Katanya, selain tempat tinggal, CLQ turut dilengkapi dengan surau, pusat kesihatan, kafeteria, kawasan rekreasi, kedai runcit selain sistem keselamatan canggih yang menggunakan sistem pengecaman muka.

MRT jajaran pertama, yang dijadualkan siap pada Julai 2017, mampu untuk membawa 400,000 penumpang sehari dan dijangka memberi manfaat kepada 1.2 juta orang yang tinggal di sepanjang laluan Sungai Buloh-Kajang. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.