saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/06/2013

Kos tanggung 11,509 banduan asing RM402,815 sehari

ABDUL Rahman Abbas (dua dari kanan) bersama Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan tetamu kehormat melihat Majimor Shariff mencanting batik sempena majlis perasmian Kompleks Penjara Seberang Perai di Nibong Tebal, Pulau Pinang, semalam. - UTUSAN/SAZALI CHE DIN

NIBONG TEBAL 17 Jun - Kerajaan akan memastikan tahanan asing dihantar pulang untuk meneruskan tempoh hukuman di negara masing-masing melalui program pertukaran banduan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya akan mengadakan rundingan dengan negara-negara yang masih belum menandatangani perjanjian pertukaran banduan terutama terlibat dalam penyediaan tenaga kerja di Malaysia.

Katanya, perkara itu penting memandangkan kerajaan terpaksa menanggung kos tinggi bagi banduan asing dan setakat ini, perjanjian pertukaran hanya telah dimeterai bersama Thailand.

"Amat menyedihkan apabila 29.4 peratus atau 11,509 banduan daripada 39,144 orang yang ditahan di penjara kita sehingga semalam merupakan warganegara asing dan kerajaan membelanjakan RM402,815 sehari untuk mereka.

"Jadi kita berharap pertukaran banduan ini dapat dilakukan dalam masa terdekat bagi mengurangkan kos pengendalian Jabatan Penjara. Adalah lebih baik peruntukan yang besar ini digunakan untuk manfaat rakyat Malaysia berbanding tahanan asing," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Kompleks Penjara Seberang Perai di sini hari ini.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Dr. Abdul Rahman Abbas yang turut dihadiri isterinya, Toh Puan Majimor Shariff.

Ahmad Zahid dalam pada itu menambah, kementerian akan menggiatkan kerjasama bersama Unit Narkotik, Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat bagi memastikan usaha pencegahan dan pemulihan rakyat yang terjebak dengan najis dadah dapat ditingkatkan.

"Kerjasama ini penting memandangkan 16,534 banduan daripada jumlah keseluruhan di penjara adalah mereka yang disabit dengan kesalahan berkaitan dadah.

"Negara kerugian sekiranya perkara ini tidak dibendung kerana Malaysia akan kehilangan aset-aset penting dari segi modal insan," tegasnya.

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau memberitahu, Jabatan Penjara berjaya mengekalkan kadar 7.97 peratus kemasukan berulang banduan ke penjara bagi tempoh tahun lalu sehingga Jun ini.

"Malah program pemulihan di luar tembok penjara seperti sistem parol; Pusat Kehadiran Wajib; Program Pemulihan Kemasyarakatan Banduan dan Perkhidmatan Rumah Perantaraan yang diterokai Jabatan Penjara juga menunjukkan hasil memberangsangkan apabila lebih daripada 80 peratus banduan terlibat berjaya mendapat pekerjaan," ujarnya.

Selain itu, Ahmad Zahid turut memberitahu, kementerian akan memperkenalkan dua pendekatan baharu seperti melatih banduan untuk menjadi usahawan apabila keluar daripada tahanan nanti.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.