saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 22/06/2013

IPU 4 negeri melebihi 100

Pemandangan Masjid Negeri, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Bandaraya Shah Alam ketika dirakam sewaktu jerebu melanda bandar tersebut, semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 21 Jun - Keadaan jerebu di negara ini masih berlarutan selepas Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatat bacaan melebihi 100 di beberapa kawasan di Johor, Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan.

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar memaklumkan, sehingga pukul 5 petang ini, kualiti udara di dua bandar utama di Johor iaitu Muar dan Kota Tinggi mencatat IPU sangat tidak sihat dengan bacaan 273 dan 226.

Menurutnya, situasi itu turut berlaku di Port Dickson, Melaka dan Bukit Rambai selepas masing-masing mencatat bacaan 205, 271 dan 257.

Sementara itu, jelas kenyataan tersebut, sebanyak lima kawasan lain turut mencatat IPU tidak sihat iaitu Pasir Gudang (189), Larkin (158), Banting (145), Seremban (119) dan Nilai (113).

Walau bagaimanapun, tambahnya, tiada kawasan yang mencatat bacaan IPU pada tahap berbahaya.

"Situasi jerebu dijangka berterusan sehingga September ini ekoran keadaan udara yang masih dipengaruhi pencemaran merentasi sempadan selain musim monsun barat daya yang sedang dialami negara ketika ini.

"Peta Jerebu Serantau yang dikeluarkan Pusat Pakar Meteorologi ASEAN (ASMC) semalam menunjukkan pergerakan asap jerebu tebal dari kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia dan tiupan angin dari arah barat daya membawa pencemaran jerebu ke kawasan Pantai Barat dan merentasi ke kawasan Pantai Timur Semenanjung," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, laporan ASMC juga menunjukkan bilangan titik panas di Sumatera, Indonesia semalam sebanyak 64 berbanding 173 yang dicatat kelmarin berikutan faktor litupan awan.

Tambahnya, bilangan titik panas yang dikesan di Malaysia semalam adalah sebanyak 11 iaitu tujuh di Pahang dan empat di Sarawak.

Dalam pada itu, jelas kenyataan tersebut, Jabatan Alam Sekitar (JAS) sudah memaklumkan kepada Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengaktifkan Jawatankuasa Penyelarasan Pengurusan Jerebu selaras dengan 'tahap amaran 3A' dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.

Jawatankuasa itu, tambah kenyataan tersebut, akan bertindak di dua kawasan yang mencatatkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat iaitu di Kota Tinggi dan Muar.

Katanya, mereka yang disabit kesalahan melakukan atau menyebabkan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

"Kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan.

"Orang ramai juga diminta bekerjasama untuk memadam kebakaran-kebakaran kecil dan melaporkan kes-kes pembakaran terbuka kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol 1-800-88-2727," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.