saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 25/06/2013

Pandikar Amin dipilih semula Yang Dipertua Dewan Rakyat penggal ke-13

KUALA LUMPUR 24 Jun - Tan Sri Pandikar Amin Mulia dipilih semula sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat selepas mendapat sebanyak 133 undi dalam sesi pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi sidang Parlimen penggal ke-13 hari ini.

Beliau mengatasi calon Yang Dipertua Dewan Rakyat pembangkang, bekas Hakim Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman yang mendapat sebanyak 89 undi.

Pandikar Amin sebelum ini merupakan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi sidang Parlimen penggal ke-12 selepas menggantikan Tan Sri Ramli Ngah Talib.

Beliau yang berkelulusan undang-undang merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan pernah dilantik sebagai Senator selain bekas Presiden Parti Angkatan Keadilan Rakyat (Akar Bersatu) yang kini sudah dibubarkan.

Sebaik sahaja keputusan itu diumumkan Datuk Roosme Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat berkenaan kemudian memasyhurkan Pandikar Amin sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi sidang Dewan Rakyat penggal ke-13.

Terdahulu, Pandikar Amin dicalonkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan disokong Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Abdul Kadir pula dicalonkan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan disokong Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh.

Walau bagaimanapun, pemilihan yang menggunakan kaedah undi bersurat itu sedikit kecoh selepas Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) dan beberapa Ahli Parlimen pembangkang lain mempertikai kewajaran menulis nama pada kertas undi.

Namun, pemilihan tetap berjalan seperti biasa dan menyaksikan Pandikar Amin dipilih semula sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Sesi sidang kemudian diteruskan dengan majlis angkat sumpah Ahli Dewan Rakyat kerajaan diketuai Najib (BN-Pekan), Muhyiddin (BN-Pagoh) dan Datuk Seri G. Palanivel (BN-Cameron Highlands) serta sebanyak 130 Ahli-ahli Dewan Rakyat kerajaan lain.

Sementara itu, Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee dan Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said pula dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Pelantikan mereka dibuat selepas pembangkang gagal mengemukakan calon mereka dalam tempoh 14 hari sebelum berlangsungnya sidang itu.

Dengan keputusan itu, Ronald kekal sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat seperti disandang beliau pada penggal Parlimen ke-12 lalu.

Ismail Mohamed pula menggantikan Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang kini merupakan Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Selepas sesi pelantikan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi membentangkan usul memerintah Ketua Polis Negara memberi kemudahan laluan kepada semua Ahli Parlimen serta memastikan keselamatan dan keamanan di sekitar kawasan Parlimen.

Usul itu disokong Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.