saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 27/06/2013

Penerimaan rakyat terhadap gagasan 1Malaysia mencapai 86.4 peratus

AHMAD Shabery Cheek bersama Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (kiri) ketika di Dewan Rakyat, semalam.

KUALA LUMPUR 26 Jun - Penerimaan rakyat Malaysia terhadap gagasan 1Malaysia yang diperkenal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencapai tahap sebanyak 86.4 peratus.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, penerimaan rakyat bukan Melayu terhadap gagasan itu pula mencapai sehingga 84 peratus.

Menurutnya, peratusan itu diperoleh berdasarkan kaji selidik terhadap sebanyak 30,077 responden meliputi masyarakat pelbagai kaum yang dilaksana tahun lalu.

"Asas kepada konsep 1Malaysia ialah bagaimana untuk meningkatkan kefahaman dan toleransi dalam kalangan masyarakat. Keseluruhannya, saya percaya konsep ini boleh diterima semua pihak.

"Kalau ada pun yang tidak bersetuju dengan kerajaan tetapi mereka tidak tolak konsep 1Malaysia," katanya menjawab soalan Datuk Dr Makin @ Marcus Mojigoh (BN-Putatan) di Dewan Rakyat hari ini.

Gagasan 1Malaysia diperkenal Najib pada 2 April 2009 sejurus beliau dilantik sebagai Perdana Menteri bertujuan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata, walaupun pembangkang cuba memperlekeh gagasan 1Malaysia tetapi rakyat menyambut baik produk-produk 1Malaysia yang diperkenal kerajaan.

Beliau berkata, antara produk berasaskan 1Malaysia yang mendapat sambutan hebat masyarakat ialah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Klinik Rakyat 1Malaysia (K1M) dan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

"Gagasan 1Malaysia ialah satu jenama besar yang mesti dikaitkan dengan produk-produknya. Memang ada orang yang berasa 'geli' melihat orang ramai terima BR1M, tetapi bolehkah dihalang orang ramai untuk tidak terimanya," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.