saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 28/06/2013

Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional perlu diteruskan

SHAHRIR ABDUL SAMAD

KUALA LUMPUR 27 Jun - Hasrat kerajaan menubuhkan Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN) tetap boleh diteruskan walaupun pemimpin parti politik pembangkang enggan menyertainya.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, matlamat utama penubuhan majlis tersebut ialah penyatuan nasional di peringkat rakyat keseluruhannya dan tidak akan merencatkan matlamat itu sekiranya tidak ada penglibatan wakil daripada pembangkang.

Jelas beliau, majlis tersebut mampu 'bersuara' kerana bakal dianggotai kumpulan masyarakat yang lebih ramai seperti wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), tokoh akademik selain pemimpin Barisan Nasional (BN).

"Pembangkang akan kehilangan peluang untuk menyampaikan apa sahaja pandangan mereka jika tidak bersetuju penubuhan majlis ini.

"Namun perkara itu tidak akan memusnahkan harapan permuafakatan rakyat kerana ini usaha kerajaan bukan parti politik," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

Semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, penerimaan secara muktamad oleh pembangkang terhadap keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu merupakan asas utama dalam usaha mencapai matlamat perdamaian nasional.

Pada 6 Mei lalu, Najib mengumumkan kerajaan akan melaksana usaha penyatuan nasional untuk mengerat semula hubungan antara rakyat di negara ini yang berpecah sehingga membentuk polarisasi kaum selepas pilihan raya umum.

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihak pembangkang perlu membuktikan kejujuran dan keikhlasan untuk menyertai majlis tersebut tanpa ada motif tertentu yang akan menggunakan platform itu demi menghentam kerajaan.

"Kalau buat apa badan sekali pun adalah bergantung pada niat. Jika semata-mata untuk mencari populariti, usaha itu tidak akan mencapai matlamat.

"Kalau mereka benar-benar jujur, maka perlu buktikan dahulu kejujuran itu bukan mahu melihat semua kesalahan kerajaan," katanya.

Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim berkata, rakyat akan mempersalahkan pemimpin sekiranya wujud perpecahan antara kaum di negara ini.

Oleh sebab itu katanya, semua pihak perlu memikirkan mekanisme dan cara terbaik demi keharmonian negara.

"Bagaimanapun, pembangkang perlu menerima keputusan pilihan raya terlebih dahulu kerana ini ramuan terpenting jika tidak tumpuannya adalah berbeza," katanya.

Sementara itu, Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, langkah penubuhan majlis itu dilihat positif tetapi penyertaan pembangkang perlu mendapat persetujuan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin pula berkata, kerajaan perlu memperbaiki sistem pilihan raya sebelum berhasrat menubuhkan majlis itu.

Bagi Pas pula, Ketua Dewan Pemudanya, Nasrudin Hassan berkata, usaha tersebut perlu dilihat memberi kesan yang baik demi rakyat namun dengan syarat kerajaan perlu terlebih dahulu membersihkan sistem pilihan raya negara ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.